PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis, dalam usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.
"KPKT melaksanakan inisiatif ini berpaksikan ketersediaan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik, kemampuan pembeli di mana KPKT menerima nasihat daripada pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta (meneliti) kemudahan pembiayaan untuk B40 dan M40," katanya pada majlis pelancaran i-Biaya di sini.
Tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ialah penambahbaikan kepada skim sedia ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion; Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan Skim PR1MA 'Rent-to-Own' oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).
Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MOF komited untuk terus menyokong dengan membuka akses kepada pembiayaan terutama bagi golongan B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka memiliki rumah sendiri.
"Bagi SRP, ia dijangka memberi manfaat kepada 25,000 pemohon dalam kalangan B40 dan M40, dengan anggaran nilai pembiayaan sebanyak RM5.9 bilion.
"Antara faktor penyumbang kepada sasaran ini ialah komitmen kerajaan melalui insiatif Jamin Kerja yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan, dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion," katanya.
Beliau berkata menerusi fokus kepada peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran dalam kalangan B40 dan M40 termasuk golongan belia, peningkatan pendapatan yang diperolehi akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui i-Biaya.
Skim pembiayaan SRP akan membuka peluang pembiayaan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000.
Selain itu, peluasan jaminan Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan membolehkan mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau dokumen sewajarnya terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig, memohon pembiayaan perumahan.
Selain itu, skim PR1MA RTO pula akan membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa dan kemudiannya membeli mengikut harga yang telah ditetapkan pada tahun keenam, melalui pembiayaan oleh Maybank.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022

Reezal Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung. - Gambar fail

Inflasi: Kerajaan perlu pergiat tarik pelaburan asing, hubungan rakan strategik
Inflasi tidak boleh diselesaikan hanya dengan bantuan subsidi atau polisi tertentu semata-mata.

Usahawan Luar Bandar | Bimbingan MARA bantu tembusi pasaran luar negara
Bertapak di luar bandar, bukan penghalang untuk memasarkan produk ke luar negara. Itu pencapaian membanggakan usahawan dari Batang Ai, Lubuk Antu yang mengangkat ikan talapia dan madu kelulut sehingga ke Singapura dan Thailand.

Inspirasi | Bertahan ketika pandemik, Fazzah Kithen gigih melebar sayap
Tidak ramai peniaga yang bernasib baik ketika era pandemik COVID-19 ramai yang terpaksa gulung tikar. Ada juga yang bertahan dengan menukar strategi pemasaran. Seperti perniagaan Fazzah Kitchen, yang diusahakan usahawan muda ini .

Sukan | Liga zon tengah semai semangat kekitaan antara DUN
Setelah kali terakhir diadakan pada March 2019, Arena Sukan Sarawak kembali disemarakkan dengan perlawanan Piala Liga Bola Sepak Zon Tengah 2022 atau Sarawak Central Zone Football yang berlangsung hingga Ogos ini. Penyertaan 14 pasukan yang mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di zon tengah sekali gus menghidupkan semangat setiakawan dan kesukanan.

Sejarah dan Warisan | Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan
Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan. Dibangunkan di atas tapak limbungan Brooke di Kuching projek berkenaan ketika ini dalam proses melaksana kerja-kerja baik pulih limbungan termasuk hiasan dalamannya. Menurut pengurus besar limbungan tersebut, Lubau Genam, proses pembinaan sediikt terganggu suslan Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) selain kekangan teknikal.

Cukai Jualan | Bangunkan sistem, kekang pemalsuan pengisytiharan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Kewangan Negeri (KKN) akan mewujudkan sistem integrasi secara atas talian bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Sistem ini bertujuan mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu. Menurut Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ia dibangunkan sebagai mengekang perkara ini daripada terus berlaku.

PATI | Hajiji harap setiap pihak jujur mencari penyelesaian
Cadangan penubuhan Jawatankuasa DWI-Partisan bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) mendapat reaksi positif Datuk Seri Hajiji Noor. Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun mahu semua pihak yang bakal terlibat jujur dalam menyelesaikan masalah itu demi kepentingan jangka panjang Sabah.

Oshweek 2022 | Kerjasama semua pihak bagi pastikan kemalangan tempat kerja
Sembilan kes maut, 14 kes hilang upaya kekal, 155 kes tidak hilang upaya kekal dan 266 kes penyakit serta keracunan pekerjaan . Itu statistik kes kecederaan pekerjaan di Sarawak adalah setakat 30 Jun 2022. Bagi memastikan angka angka ini dapat dikurangkan Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sarawak Dr Nor Halim Hasan, berharap kerjasama berterusan dari semua pihak bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

Pelancongan | Sarawak hampiri sasasan 1.2 juta pelancong tahun ini
Sarawak merekodkan kehadiran hampir setengah juta pelancong domestik dan antarabangsa dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Ia peningkatan lebih 680 peratus bersamaan lebih 430,000 pelancong berbanding tempoh sama tahun lalu. Sekaligus menghampiri sasaran 1.2 juta pelancong sehingga akhir tahun ini.

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

KPKT peruntuk RM20 juta laksana program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar
Pihaknya menyasarkan seramai 2,000 peserta yang berdaftar di bawah program eKasih di seluruh negara.

CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri
KPKT hanya bersetuju jika industri yang dibawa ke kawasannya berteraskan teknologi tinggi.

KPKT peruntuk RM35 juta Program Baik Pulih, Bina Baharu Rumah
KPKT mensasarkan lebih 2,000 rumah untuk dibaik pulih dan sebanyak 32 buah akan dibina baharu di seluruh negara tahun ini.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

PBT diminta bantu usaha pertanian komuniti
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara diminta menjadi pemudah cara kepada usaha pertanian komuniti di kawasan masing-masing.

KPKT lihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui POC di beberapa PBT
KPKT sedang melihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui bukti konsep (POC) di beberapa PBT untuk memperakukan kawasan PBT sebagai 'Circular City' atau PBT mampan dalam soal pengurusan sisa pepejal.

KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40
Selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.

i-Biaya bantu tingkatkan pemilikan rumah golongan M40, B40
Inisiatif itu memberi tumpuan terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang masih berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.

KPKT berusaha tubuhkan Majlis Ekonomi Kitaran Negara
Majlis itu bakal menghimpunkan pemegang taruh dan pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda tersebut.

KPKT perkasa aset bomba, tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana alam
KPKT akan memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi perolehan aset baharu dalam usaha menambah baik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi itu menghadapi bencana alam.