KERTEH: Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menumpukan kepada usaha memperkasakan daya huni bandar yang merupakan instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan penduduk.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah membangunkan 60 taman awam di seluruh negara bagi menyediakan ruang rekreasi kepada masyarakat di setiap bandar, setakat Disember tahun lepas.
"Pertambahan jumlah penduduk terutama di kawasan perbandaran telah meningkatkan keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi.
"Oleh itu, Program Pembangunan Taman Awam yang dibangunkan ini telah berjaya mengekal dan menambah kawasan hijau atau "green lung" di kawasan bandar dan kawasan berkepadatan penduduk," katanya ketika berucap merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di sini semalam.
Nga juga turut mengulangi hasrat KPKT yang menyasarkan untuk membina 100 Taman Komuniti MADANI di seluruh negara menerusi JLN dan Jabatan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini.
Berkaitan 60 taman awam yang dibina, Nga berkata kerajaan telah membangunkan empat taman awam di Terengganu iaitu Taman Awam Batu Buruk dan Taman Tasik Lagun Kuala Ibai di Kuala Terengganu, Taman Awam Teluk Gadung di Dungun dan terbaharu Taman Awam Kuala Kerteh, di sini.
Berkeluasan hampir sembilan hektar, Taman Awam Kuala Kerteh itu siap dibina pada 27 Okt 2023 melibatkan kos hampir RM17 juta.
Nga berkata taman awam keempat di Terengganu itu direka bentuk secara in-house oleh Arkitek Landskap daripada JLN dengan menerapkan konsep eksplorasi visual dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menara pandang, padang serbaguna dan dewan terbuka bagi manfaat 226,600 penduduk di daerah Kemaman.
Beliau berkata kerajaan juga telah membangunkan dua projek naik taraf taman awam iaitu Projek Landskap Perbandaran Dungun dan Projek Pemuliharaan Habitat Kunang-Kunang di Sungai Yak Yah, di sini yang kini dalam penyediaan Pelan Induk Landskap menerusi peruntukan lebih RM56 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Pada majlis berkenaan, Nga turut menyerahkan peruntukan RM12.32 juta kepada Terengganu bagi Projek-Projek Kecil Tahun 2024 melibatkan kerja pembinaan taman awam, pelan induk landskap, landskap perbandaran serta pemuliharaan dan pemulihan landskap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Nga (tiga, kanan) merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di Terengganu, semalam. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.