awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan

Bernama
Bernama
20/01/2025
14:46 MYT
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Aiman Athirah berkata daripada jumlah berkenaan, 3,268 unit rumah PPR telah siap dibina, manakala 306 unit lagi masih dalam proses pembinaan. - Gambar Bernama
TANAH MERAH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada jumlah berkenaan, 3,268 unit rumah PPR telah siap dibina, manakala 306 unit lagi masih dalam proses pembinaan.
"Di Kelantan, kerajaan telah dan sedang membina sebanyak 3,574 unit rumah PPR sehingga Disember tahun lepas.
"Kerajaan Persekutuan akan terus meningkatkan bilangan unit rumah PPR bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat yang semakin bertambah saban tahun," katanya.
Aiman Athirah berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program PPR Gual Ipoh di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 104 orang menerima surat tawaran penempatan bagi Program PPR Gual Ipoh fasa satu berkenaan.
Aiman Athirah berkata projek itu melibatkan pembinaan 400 unit rumah kluster setingkat termasuk empat unit rumah bagi memenuhi keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
"PPR ini dibina di tanah seluas 15.47 hektar melibatkan kos pembinaan lebih RM80,000 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dan siap pada April 2021.
"Cabutan undi dan penyerahan kunci unit rumah bakal dilaksanakan pada 13 Februari depan, manakala penyerahan surat tawaran bagi fasa seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata PPR Gual Ipoh dilaksanakan di bawah skim sewa untuk beli (RTO) selaras dengan pelan strategik KPKT bagi menyediakan perumahan dan persekitaran berkualiti.
"RTO ini bertujuan memberikan akses kediaman kepada golongan berpendapatan terendah (B40) tanpa bebanan kewangan permulaan yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#OKU
#B40
#akses kediaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan