awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT peruntuk RM35 juta Program Baik Pulih, Bina Baharu Rumah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/06/2022
21:15 MYT
KPKT peruntuk RM35 juta Program Baik Pulih, Bina Baharu Rumah
KPKT mensasarkan lebih 2,000 rumah untuk dibaik pulih dan sebanyak 32 buah akan dibina baharu di seluruh negara tahun ini. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan lebih RM35 juta bagi Program Baik Pulih dan Program Bina Baharu Rumah di bandar.
Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Datuk Azhar Ahmad berkata dengan jumlah itu pihaknya mensasarkan lebih 2,000 rumah untuk dibaik pulih dan sebanyak 32 buah akan dibina baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Menurut Azhar melalui Program Baik Pulih sebanyak RM15,000 diperuntukkan bagi setiap rumah di Semenanjung manakala RM17,000 di Sabah dan Sarawak.
Jelas beliau pembinaan sebuah rumah baru pula memerlukan sebanyak RM56,000 untuk Semenanjung dan RM68,000 di Sabah dan Sarawak.
"Kita harap segala bajet yang kita salurkan pada tahun ini dapat digunakan sepenuhnya dan disiapkan dalam tahun ini juga.
"Kita juga harap inisiatif ini dapat sampai ke golongan sasaran iaitu B40 yang memerlukan kediaman yang lebih selesa dan selamat.
"Itulah tujuan kita menyalurkan peruntukan ini di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya.
Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Program Baik Pulih Rumah di Kuala Nerus, Terengganu.
Topic Berkaitan
#KPKT
#program baik pulih
#program bina baharu
#Azhar Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan