awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT peruntuk RM8.24 juta kepada MPKj, MBSJ laksana enam projek segera

Bernama
Bernama
11/07/2023
07:12 MYT
KPKT peruntuk RM8.24 juta kepada MPKj, MBSJ laksana enam projek segera
Nga Kor Ming (tengah) ketika lawatan kerja -Program Sentuhan Kasih- KPKT di Negeri Selangor di Taman Tasik Cempaka hari ini. Turut kelihatan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (kiri). -Bernama
BANGI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM8.24 juta kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi program Sentuhan Kasih Sayang bagi melaksanakan enam projek untuk kesejahteraan rakyat dengan segera.
Menterinya Nga Kor Ming berkata MPKj menerima peruntukan sebanyak RM7.94 juta manakala MBSJ menerima RM300,000.
Daripada enam projek tersebut, tiga melibatkan kerja-kerja kecemasan pembaikan cerun di Taman Sri Raya, Cheras; Taman Bukit Mewah, Kajang; dan Jalan Legenda di Taman Legenda di daerah Hulu Langat.
Tiga projek lain adalah kerja-kerja membaiki jalan dan menaik taraf Taman Tasik Cempaka, membaik pulih Pasar Bazar Rakyat di Seri Kembangan dan membina serta menyiapkan pejabat pengurusan, tandas awam, tempat pembuangan sampah dan struktur berbumbung di tapak Laman Niaga Komuniti di Sungai Long.
"Peruntukan yang diluluskan ini merupakan peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Nga berkata KPKT telah membelanjakan hampir RM700 juta bagi program Sentuhan Kasih Sayang dalam tempoh enam bulan di sembilan negeri antaranya Johor, Perak dan Melaka.
Beliau berkata program itu memberi fokus kepada projek berimpak tinggi serta infrastruktur asas yang dekat di hati rakyat antaranya pasar awam, tandas awam, lampu jalan, longkang serta penurapan jalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#KPKT
#MPKJ
#MBSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan