SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited menyelesaikan isu projek sakit di seluruh negara dengan 118 projek perumahan swasta dipulihkan setakat 30 April lepas.
Menteri berkenaan Nga Kor Min berkata daripada jumlah itu, 100 projek berjaya dipulihkan dan menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) manakala 18 lagi dipantau sehingga kembali mengikut jadual pembinaan.
"KPKT akan terus berusaha memastikan projek perumahan di bawah naungan kami, termasuk Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), adalah berkualiti tinggi dan mampu milik untuk rakyat selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12.
"Di bawah PR1MA sendiri, kita ada 17 projek sakit dan setakat hari ini, kita bersyukur sembilan projek berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kunci, bakinya menjelang akhir tahun depan atau suku tahun pertama 2024, kita akan pastikan tiada lagi projek sakit PR1MA," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Residensi Seremban Sentral yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminudin Harun dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di sini pada Selasa.
Residensi itu terdiri daripada 1,504 unit apartmen dengan 890 unit, atau 59 peratus, daripadanya sudah terjual setakat 31 Mei lepas.
Nga berkata selain Residensi Seremban Sentral, dua lagi projek iaitu Residensi Bandar Ekar, Rantau dan Residensi Port Dickson di bawah perbadanan itu yang membabitkan 1,425 unit kediaman sedang dibangunkan dan dijangka siap pada suku keempat tahun ini.
Beliau berkata KPKT dengan kerjasama kerajaan negeri juga menyediakan empat Projek Perumahan Rakyat di Negeri Sembilan merangkumi 770 unit manakala 590 unit kediaman mampu milik telah siap dibina dengan 3,126 dalam pembinaan dan 380 unit dalam perancangan.
Loke pula berkata Residensi Seremban Sentral adalah sebahagian daripada cadangan Pembangunan Seremban Sentral bermatlamat menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) bagi memastikan keperluan pelbagai golongan masyarakat di bandar raya itu dapat dipenuhi.
Beliau berkata konsep TOD akan menghimpunkan blok kediaman termasuk rumah mampu milik, pejabat, dan hab pengangkutan awam memandangkan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban menjadi lokasi utama akses kepada pengangkutan awam, kemudahan serta infrastruktur.
Justeru, katanya Railway Assets Corporation (RAC) sedang membaik pulih stesen itu yang merangkumi penaiktarafan parkir dengan kos sebanyak RM8.3 juta dan dijangka siap pada 7 Jan 2025.
Loke juga berkata perkhidmatan bas ekspres yang berhampiran residensi itu akan dinaik taraf bagi membolehkan penduduk mengunjungi keluarga atau menjalankan urusan di tempat lain dengan lebih sistematik selain laluan pejalan kaki ke stesen bas Terminal One Seremban.
"Kita nak memastikan tanah di stesen pengangkutan awam terutama stesen KTM dapat dibangunkan untuk menyokong agenda mampu milik ini, sudah tentu kalau ada ruang dengan PR1MA, kita akan mencari peluang itu.
"Kita harapkan supaya pembangunan Seremban Sentral berlandaskan KL Sentral walaupun skop dan pembangunan berlainan tapi apa yang penting, konsepnya mampu mengintegrasikan bangunan... masyarakat di sini tak perlu bawa kereta boleh terus ke bangunan berlainan," katanya.
Beliau berkata penaiktarafan stesen KTMB Seremban itu juga tidak akan menjejaskan struktur asal bagi menjaga nilai sejarahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
100 projek berjaya dipulihkan dan menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan manakala 18 lagi dipantau sehingga kembali mengikut jadual pembinaan. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.