awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu

Bernama
Bernama
11/03/2023
09:08 MYT
KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di seluruh negara.
Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu bertujuan memastikan kadar kitar semula negara setaraf negara maju dan menyasarkannya hingga 40 peratus menjelang 2025.
"Setakat ini terdapat tujuh negeri yang telah berjaya mewujudkan DTRC itu iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Sehingga kini terdapat 32 DTRC di negeri berkenaan yang menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D.R. Seenivasagam di sini hari ini.
Perasmian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nga berkata jika Perak bersetuju untuk mengguna pakai Akta 672, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi prestasi kebersihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#KPKT
#pusat kitar semula pandu lalu
#SWCorp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan