KUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan 70 peratus pembabitan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) menjelang 2025 bagi mewujudkan komuniti sejahtera, bersih dan lebih mampan.
Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata setakat ini 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program berkenaan sejak dilancarkan pada 2019.
"Secara keseluruhannya, program ini berjaya mengumpulkan kutipan sisa kitar semula sebanyak 461,685.64 kilogram (kg) bernilai RM138,502.20 manakala minyak masak terpakai (mencatatkan pengumpulan sebanyak) 47,026.30 kilogram bernilai RM117,558.19.
"Program ini akan membantu penduduk di PPR menjana kewangan mereka melalui program kitar semula (menukar barangan kitar semula kepada tunai) dan KOSIS akan dikembangkan lagi (sebagai satu daripada cara mencapai) sasaran kadar kitar semula kebangsaan kepada 40 peratus tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti Program Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini semalam.
Terdahulu, Aiman Athirah ketika berucap berkata program di bawah kendalian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu bertujuan memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat sama dalam menguruskan aktiviti kitar semula.
Beliau berkata ia sejajar dengan Dasar Komuniti Negara yang memberdaya komuniti setempat untuk terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta awam, harta bersama serta membangunkan komuniti secara inklusif bagi mencapai kesejahteraan hidup dan pembangunan mampan.
"SWCorp akan menyerahkan pengurusan Pusat KOSIS kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk setempat setelah tahap kesedaran dan penglibatan komuniti dalam aspek kitar semula ini mencapai tahap yang tinggi.
"Keputusan ini adalah langkah yang bermakna dalam memberikan kuasa kepada komuniti menguruskan pusat KOSIS mengikut keperluan dan kehendak sendiri. Pusat KOSIS PPRS Pinggiran Putra ini dipilih sebagai satu daripada Pusat KOSIS yang akan diserahkan pengurusannya kepada persatuan penduduk atau JMB tahun ini," katanya.
Beliau berkata penyerahan pusat KOSIS yang lain kepada komuniti dan persatuan penduduk akan diselaraskan secara berperingkat mulai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
![KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716720812_TBAimanAthirahSabu.jpg)
Aiman Athirah bercakap kepada media pada Program Kemampanan Komuniti Bandar: Karnival Komuniti Program Perumahan Rakyat Disewa Pinggiran Putra 3 di Kuantan, 26 Mei 2024. - Foto BERNAMA
![Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718634326_TBrompakanemas.jpg)
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
![Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
![Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718634532_TBmina.jpg)
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
![Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718632740_TBbotkaram.jpg)
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
10 Berita Pilihan - (17 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Hampir 30 pasangan Malaysia ke Selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718632115_tbBalveerSingh.jpg)
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
![Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630290_tbPakistan.jpg)
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
![Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok' Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630199_tbTreePlanting.jpg)
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.
![Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha
Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.
![Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan
Program Sentuhan Maya atau pasukan "duta online" yang diperkenalkan dalam kalangan penjawat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak melibatkan sebarang kos tambahan.
![Kerajaan pertimbang hukuman berat bagi kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi Kerajaan pertimbang hukuman berat bagi kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718600653_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan pertimbang hukuman berat bagi kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
![KPKT tubuh pasukan 'Duta Online' bantu sebar maklumat sahih, polisi kerajaan KPKT tubuh pasukan 'Duta Online' bantu sebar maklumat sahih, polisi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718283174_TBNgaKorMing.jpg)
KPKT tubuh pasukan 'Duta Online' bantu sebar maklumat sahih, polisi kerajaan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menubuhkan pasukan "Duta Online" untuk menangkis fitnah serta menyampaikan maklumat sahih dan polisi kerajaan secara efektif.
![KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717659837_NgaKorMing.jpg)
KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang
Peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam.
![Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717907865_PPRSungaiBonus.jpg)
Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mencadangkan supaya KPKT dan PBT negeri mewujudkan undang-undang khas bagi menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan PPR.
![Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717659837_NgaKorMing.jpg)
Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming
KPKT bersedia memasang CCTV jika perbuatan vandalisme seperti kencing dan membuang sampah di dalam lif projek PPR masih berlaku.
![Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701171213_TBZalihaMustafa.jpg)
Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha
Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
![KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716720812_TBAimanAthirahSabu.jpg)
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
![KPKT perhebat usaha bangunkan industri landskap negara KPKT perhebat usaha bangunkan industri landskap negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716625815_Agong.jpg)
KPKT perhebat usaha bangunkan industri landskap negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperhebat usaha membangunkan industri landskap pada tahun ini.
![Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024 Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716619248_Agong.jpg)
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.