[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
MALAYSIA

KPKT sedia bentang RUU Pembaharuan Semula Bandar untuk bacaan kedua

Faida Rahim 20/01/2026 | 04:45 MYT
Nga Kor Ming (foto) berkata KPKT bertekad meneruskan pembentangan RUU berkenaan selepas memperoleh konsensus Jemaah Menteri. -Foto fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.


Ringkasan AI
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk membentangkan RUU Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat selepas mendapat konsensus Jemaah Menteri.
  • RUU tersebut bertujuan untuk membangunkan semula kawasan perumahan lama dengan lebih terancang, adil, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.
  • Pembentangan bacaan kedua RUU URA ditangguhkan selepas beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyuarakan kebimbangan, sementara Menteri MITI menekankan keperluan memasukkan semua isu yang dibangkitkan dalam RUU tersebut bagi sokongan penuh.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, KPKT bertekad meneruskan pembentangan RUU berkenaan selepas memperoleh konsensus Jemaah Menteri.

"Sekiranya Jemaah Menteri bersetuju, KPKT sentiasa bersedia untuk meneruskan bacaan kedua Rang Undang‑Undang Pemulihan Bandar (Urban Renewal Act, URA) kerana kami percaya ia amat penting bagi masa depan pembangunan bandar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat 2026 KPKT, di Putrajaya, pada Selasa.

Sebelum ini, RUU Pembaharuan Semula Bandar telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama dengan tujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.

Bagaimanapun, pembentangan bacaan kedua RUU itu ditangguhkan selepas beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyuarakan hasrat supaya ia diteliti semula dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak.

Sementara itu, Sabtu lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi peringatan agar semua isu yang dibangkitkan dimasukkan dalam pembentangan RUU berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak akan menyokong RUU URA sekiranya cadangan serta kebimbangan semua pihak berkepentingan tidak diterjemahkan secara jelas dalam perundangan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu termasuk resolusi yang diluluskan semasa Konvensyen Pembaharuan Bandar yang diadakan tahun lalu bagi membincangkan implikasi rang undang-undang berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan RUU Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang akan dibentangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
    A: RUU Pembaharuan Semula Bandar adalah usaha untuk membangunkan semula kawasan perumahan lama yang uzur secara lebih terancang, adil, dan inklusif bagi kesejahteraan rakyat dan pembangunan bandar yang mampan.
  • Q: Mengapa pembentangan bacaan kedua RUU Pembaharuan Semula Bandar ditangguhkan?
    A: Pembentangan bacaan kedua RUU itu ditangguhkan kerana beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta agar ia diteliti semula dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak.
  • Q: Apa yang ditekankan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan dengan RUU URA?
    A: Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak akan menyokong RUU URA sekiranya cadangan serta kebimbangan semua pihak berkepentingan tidak diterjemahkan secara jelas dalam perundangan tersebut.



#JOHARI ABDUL GHANI #Rang Undang-Undang #KPKT #Pembaharuan Semula Bandar RUU URA