KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menambah harga siling program baik pulih dan bina baharu rumah di bandar menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bermula tahun depan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jika sebelum ini, harga siling yang ditetapkan untuk baik pulih sebuah rumah sebanyak RM15,000, namun kini ia akan ditambah RM5,000 lagi.
Beliau berkata harga siling tambahan juga turut diberikan bagi pembinaan rumah baharu di bandar menerusi program yang sama, iaitu dari hanya RM66,000 bagi keluasan 660 kaki persegi untuk sebuah rumah, ditambah menjadi RM85,000 dengan keluasan 750 kaki persegi.
"Kementerian bersetuju untuk menaikkan harga siling ini, agar dapat memenuhi keperluan penerima selari dengan keadaan semasa, memandangkan maklum balas diterima sebelum ini ada yang memerlukan peruntukan lebih besar, berbanding peruntukan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan penyerahan rumah kepada sebuah keluarga di menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), di Kampung Tanjung Baru di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini.
Terdahulu, Akmal Nasrullah meninjau pelaksanaan PPKB bagi tiga penerima Program Bina Baharu Rumah di Bandar berjumlah RM168,000 bagi 2022, dan tiga penerima Program Baik Pulih Rumah di Bandar berjumlah RM45,000 bagi 2023, di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Akmal Nasrullah berkata pada 2023, KPKT telah memperuntukkan RM40 juta untuk program baik pulih rumah, selain RM2 juta untuk program bina baharu rumah di bandar.
"Daripada jumlah itu, hampir RM10 juta diperuntukkan kepada Kelantan bagi kedua-dua program ini membabitkan seramai 634 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berkelayakan.
"Jumlah berkenaan menjadi peruntukan terbesar daripada kementerian menerusi program ini kepada negeri ini. Bagi saya dalam soal isu kemiskinan ini, kita tidak mengambil kira soal pegangan politik, yang paling penting kita cuba bantu mereka yang berkelayakan," katanya.
Akmal Nasrullah berkata PKKB merupakan satu usaha komited KPKT dalam membantu rakyat untuk menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar, sekali gus bagi menangani isu kemiskinan bandar dalam kalangan B40 selaras hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, penerima rumah baharu di bandar menerusi PKKB yang juga seorang suri rumah Zaini Abdullah, 57, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan di atas keprihatinan diberikan kerajaan.
Beliau bersyukur dapat mendiami rumah baharu lebih selesa, selepas sejak sekian lama mendiami rumah pusaka usang bersama suami Suhardi Sazli, 46, bersama lima anaknya yang berusia antara 31 tahun hingga 12 tahun.
"Setiap kali hujan kami sekeluarga terkena tempias air hujan sehingga memberi ketidakselesaan. Untuk membina rumah baharu menggunakan kos sendiri, saya serta suami tidak mampu memandangkan suami hanya bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jika sebelum ini, harga siling yang ditetapkan untuk baik pulih sebuah rumah sebanyak RM15,000, namun kini ia akan ditambah RM5,000 lagi. - Foto BERNAMA
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.