awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT terbuka terima cadangan bina RUU PSB - Nga Kor Ming

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
30/09/2025
03:00 MYT
KPKT terbuka terima cadangan bina RUU PSB - Nga Kor Ming
Nga Kor Ming berucap pada majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa ke-16 mengenai Bandar Mampan Bertaraf Dunia 2025 (WCSC 2025) di Kuala Lumpur, pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka serta menyambut baik segala cadangan membina dan teguran bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, RUU itu bukan sahaja memastikan pembangunan semula dilaksanakan dengan teratur dan mampan, malah menjamin hak serta kepentingan pemilik asal sentiasa dilindungi.
“RUU ini selaras dengan teras utama WCSC 2025, di mana pembangunan mampan memerlukan satu kerangka undang-undang yang menyeluruh. Ia akan menjadi asas penting bagi memastikan kerja-kerja pembaharuan semula bandar dapat dijalankan secara sistematik dan hak pemilik asal terpelihara,” katanya.
Beliau turut menegaskan, kementeriannya bersedia mendengar segala pandangan bernas, namun menolak sebarang usaha pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi isu tersebut sebagai modal politik.
“Kita alu-alukan pandangan yang konstruktif demi kepentingan rakyat. Tetapi jika ada yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan politik sempit, itu kita tolak. Apa yang kita mahu ialah politik yang membina, bukan politik yang membinasakan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa ke-16 mengenai Bandar Mampan Bertaraf Dunia 2025 (WCSC 2025), di sini, pada Selasa.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Sebelum ini, bacaan kedua bagi RUU PSB sebelum ini ditunda ke mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
RUU PSB 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama sebelum ini antara lain bertujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan
Topic Berkaitan
#KPKT
#Rang Undang-Undang
#PSB
#URA
#Nga Kor Ming
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan