KUALA LUMPUR: Tahun 2023 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Awal tahun ini, menterinya Nga Kor Ming telah menetapkan sasaran tinggi untuk menghidupkan semula kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai. Setelah hampir setahun, sasaran tersebut ternyata dapat dicapai.
KPKT telah berjaya memulihkan 351 projek terbengkalai di seluruh negara bernilai RM32.87 bilion sepanjang 2023.
Ini telah menyelamatkan hampir 44,000 pembeli rumah daripada kerugian kewangan yang serius, selain memastikan mereka mendapat kediaman impian mereka.
Kementerian itu juga telah menempa pelbagai kejayaan signifikan pada 2023.
"Kami telah melaksanakan lebih daripada 5,200 projek infrastruktur awam dan komuniti sepanjang tahun ini, menjadikannya jumlah terbesar (projek sedemikian yang dilaksanakan dalam setahun) sepanjang sejarah kementerian ini," katanya.
Beliau juga berbangga kerana berjaya memupuk budaya khidmat cemerlang dalam kementeriannya.
"Ini dilakukan dengan mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Menteri, sesuatu yang belum pernah dilakukan kementerian atau agensi lain sebelum ini," tambahnya.
KPKT juga telah memenangi 12 anugerah tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun lalu, menjadikannya rekod kemenangan tertinggi bagi kementerian tersebut.
Antara anugerah yang dimenangi ialah bagi Audio Frequency Intercept System (AFIS) yang direka cipta pasukan Alor Star Troopers daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Reka cipta tersebut telah memenangi dua anugerah tertinggi di Anugerah Inovasi Premier Sektor Awam 2023 yang membawa ganjaran tunai sebanyak RM1 juta.
Sebagai tanda penghargaan, Nga memutuskan untuk menghadiahkan sebulan gaji beliau kepada para pemenang.
Ditanya mengenai rancangannya bagi KPKT pada tahun 2024, Nga memberitahu Bernama bahawa fokus kementerian itu pada tahun akan datang ialah untuk menjadikan KPKT pusat kecemerlangan perkhidmatan awam.
"Fokus utama kami ialah untuk memastikan setiap dasar dan pelaksanaannya disenangi rakyat. Kesejahteraan rakyat akan menjadi tumpuan utama kementerian," katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif KPKT paling berimpak tinggi pada 2023, layari https://garasi.bernama.com/stories/mengubah-landskap-hidup-rakyat. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Awal tahun ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menetapkan sasaran tinggi untuk menghidupkan semula kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai dan setelah hampir setahun, sasaran tersebut ternyata dapat dicapai. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.