KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan 'panel of expert' atau panel pakar bagi mengkaji semula harga siling rumah mampu milik sedia ada, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Ismail berkata kadar harga siling itu amat sesuai dinilai semula berikutan keadaan terkini ekonomi rakyat yang terkesan akibat impak pandemik COVID-19.
"Pada ketika ini, harga siling rumah mampu milik ditetapkan pada kadar RM300,000 dan ia perlu dipertimbangkan semula memandangkan ramai rakyat terkesan dan tergelincir daripada kelas pendapatan M40 ke B40 akibat pandemik COVID-19," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata kementerian juga akan mengkaji cadangan untuk melaksanakan skim 'rent to own' (RTO) bagi rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Sementara itu, Ismail berkata sebanyak 34 projek PR1MA berjaya disiapkan setakat ini melibatkan 26,337 unit, manakala 27 projek dalam pembinaan melibatkan 20,760 unit dan 2,264 unit lagi dalam perancangan.
"Bagi projek Perumahan Perkhidmatan Awam pula, sebanyak 164 projek telah siap melibatkan 24,717 unit, 65 projek dalam pembinaan melibatkan 14,308 unit dan 44 projek lagi dalam perancangan yang melibatkan 18,309 unit," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengenal pasti dan sedang memantau 12 projek 'sakit' di seluruh negara.
Ismail berkata dua daripada 12 projek 'sakit' itu telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) secara berperingkat iaitu projek di Gurun, Kedah dan Batu Gajah, Perak.
Terdahulu, sesi perbahasan itu disertai 21 Ahli Parlimen dan Dewan Rakyat meluluskan RM1,767,450,800 anggaran perbelanjaan mengurus bagi KPKT dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Ismail berkata kadar harga siling itu amat sesuai dinilai semula berikutan keadaan terkini ekonomi rakyat yang terkesan akibat impak pandemik COVID-19. - Gambar fail
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.