MALAYSIA
KPKT umum lima langkah reformasi industri perumahan bulan depan
Langkah itu sebahagian daripada pelan komprehensif kementerian untuk memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan industri perumahan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengumumkan lima langkah reformasi industri perumahan pada 20 Nov ini bagi memastikan tiada lagi projek perumahan swasta terbengkalai menjelang 2030.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata langkah reformasi itu merupakan sebahagian daripada pelan komprehensif kementerian untuk memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan dalam industri perumahan, selain memperkasa perlindungan hak pembeli rumah.
Beliau berkata KPKT telah menggariskan pelan tindakan bagi memastikan peralihan daripada konsep Jual Kemudian Bina (JKB) kepada Bina Kemudian Jual (BKJ) dapat dilaksanakan secara berperingkat.
"Kerajaan amat mengalu-alukan konsep pembinaan secara kaedah BKJ bagi pemajuan perumahan swasta yang sudah tentunya dapat mengurangkan risiko projek terbengkalai dan juga lambakan rumah tidak terjual.
"Melalui kaedah pembinaan secara BKJ 10:90 bagi pemajuan perumahan swasta, pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli, manakala baki 90 peratus dibayar selepas rumah siap dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta penyerahan Pemilikan Kosong (VP)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Nga menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai sama ada kerajaan bersedia untuk mewajibkan skim BKJ di seluruh negara bagi mengurangkan projek perumahan terbengkalai, khususnya projek kondominium, demi melindungi pembeli.
Beliau menjelaskan bahawa pada masa ini, kerajaan hanya menggalakkan pelaksanaan secara sukarela bagi pemaju yang bersedia, kerana konsep BKJ memerlukan daya tahan kewangan yang tinggi dan boleh memberi kesan kepada rantaian industri sekiranya tidak dilaksanakan dengan teliti.
Nga menegaskan bahawa konsep BKJ hanya sesuai dilaksanakan oleh pemaju yang mempunyai keupayaan kewangan kukuh bagi memastikan projek dapat disiapkan sepenuhnya.
Dalam usaha memperkukuh sektor berkenaan, beliau berkata KPKT kini sedang menggubal pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] bagi memelihara hak serta kepentingan pembeli rumah dan mencegah projek terbengkalai.
"Cadangan penambahbaikan akta ini bertujuan memperkasa tadbir urus dan pengurusan kewangan pemajuan perumahan, memastikan hak pembeli terpelihara serta memudahcara pembangunan sektor perumahan yang mampan," katanya.
Dalam pada itu, Nga memaklumkan setakat ini, Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Terbengkalai telah berjaya memulihkan 1,600 projek melibatkan 163,000 pembeli rumah di seluruh negara.
"Ini antara pencapaian penting hasil pendekatan bersepadu kementerian menerusi pengenalpastian, penyelesaian, pencegahan serta cadangan model baharu ke hadapan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Pang mengenai model terbaik bagi melindungi pembeli dan pemaju.
Beliau berkata KPKT juga memperkukuh kawal selia menerusi Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) yang wajib dibuka oleh setiap pemaju perumahan swasta berlesen di Semenanjung Malaysia.
"Setiap pemaju diwajibkan mendepositkan tiga peratus daripada jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) ke dalam akaun HDA.
"Sebagai contoh, bagi projek bernilai RM1 bilion, pemaju perlu membayar deposit sebanyak RM30 juta bagi memastikan aliran tunai mencukupi untuk pelaksanaan projek," katanya.
-- BERNAMA

#Industri Perumahan
#KPKT
#projek perumahan swasta
#projek terbengkalai
#pengurusan kewangan
#tadbir urus