MALAYSIA
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukan itu diberikan bersempena sambutan Thaipusam sebagai tanda penghargaan kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan enam Taman MADANI di Pulau Pinang tahun ini, sebagai usaha mempertingkatkan kemudahan rekreasi dan kesejahteraan komuniti setempat.
Ringkasan AI
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukan itu diberikan bersempena sambutan Thaipusam sebagai tanda penghargaan kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang.
Beliau berkata tiga taman itu akan dibangunkan di bahagian pulau manakala tiga lagi di kawasan Seberang Perai.
"Kos pembinaan dianggarkan RM500,000 bagi setiap taman dan pembinaan dijangka siap hujung tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan dan Penyerahan Sijil Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan Taman MADANI merupakan antara inisiatif utama KPKT bagi mendekatkan kemudahan rekreasi kepada rakyat.
Nga berkata sejak inisiatif Taman MADANI dilancarkan pada 2024, kementerian telah melepasi sasaran tahunan pembinaan 100 taman.
"Tahun pertama pelaksanaan, kita bukan sahaja mencapai sasaran malah melepasi sasaran dengan 109 Taman MADANI siap dibina. Tahun lepas, sasaran 100 taman sekali lagi diatasi apabila 107 taman berjaya disiapkan.
"Dalam tempoh 24 bulan sahaja, sebanyak 216 Taman MADANI telah berjaya dibina di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) umum peruntukan RM3 juta untuk pembinaan enam Taman MADANI di Pulau Pinang bagi tingkatkan kemudahan rekreasi dan kesejahteraan komuniti setempat.
- Menteri KPKT, Nga Kor Ming, nyatakan tiga taman dibangunkan di Pulau manakala tiga lagi di Seberang Perai dengan kos pembinaan RM500,000 setiap taman, dijangka siap hujung tahun ini.
- Pembinaan Taman MADANI inisiatif utama KPKT untuk mendekatkan kemudahan rekreasi kepada rakyat; sejak 2024, sudah dibina 216 Taman MADANI di seluruh negara.