awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

Bernama
Bernama
25/07/2022
23:15 MYT
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM30,000 kepada pemenang Anugerah Usahawan Jaya Platinum Supreme Nurul Thany Rasidi (kanan). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyalurkan sejumlah RM10.01 juta kepada Felcra Berhad bagi pelaksanaan beberapa aktiviti pemerkasaan usahawan luar bandar di bawah Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan aktiviti berkenaan terdiri daripada penglibatan komuniti, kelestarian dan kemampanan industri desa, perlengkapan premis perniagaan dan pembangunan hasil baharu melibatkan 568 usahawan luar bandar terdiri daripada komuniti peserta Felcra Berhad.
"Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
"Ia juga bagi mempelbagaikan sumber pendapatan peserta supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar yang memenangi pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPLB
#RMKe-12
#Mahdzir Khalid
#Felcra Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan