awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM akan kukuh jalinan strategik dengan kerajaan negeri - Maszlee

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2019
11:19 MYT
KPM akan kukuh jalinan strategik dengan kerajaan negeri - Maszlee
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan akan memperkukuh jalinan strategik dengan semua kerajaan negeri. - Foto ihsan KPM
Kementerian Pendidikan di bawah pentadbiran baharu memberi jaminan tidak akan meminggirkan negeri pembangkang demi memastikan agenda pendidikan untuk semua dapat direalisasikan.
Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan akan memperkukuh jalinan strategik dengan semua kerajaan negeri.
"Kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan KPM diharap akan dapat membantu meningkatkan aksesibiliti dan kualiti sistem pendidikan negara," kata beliau.
Maszlee yang menerajui Kementerian Pendidikan sejak Mei tahun lalu telah mengadakan pertemuan dengan barisan exco dan menteri pendidikan negeri di Putrajaya, Jumaat lalu.
Katanya, mesyuarat itu merupakan platform untuk perkongsian maklumat mengenai dasar atau program pendidikan terkini, di samping memperkukuhkan jalinan strategik antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.
Malah menurut Maszlee, beliau telah berkongsi dengan semua Exco dan Menteri Pendidikan Negeri tentang dua visi penting iaitu menjadikan sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan dan mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.
"KPM telah menetapkan tiga hala tuju untuk merealisasikan visi tersebut iaitu pendidikan berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem dan autonomi dan akauntabiliti untuk sekolah dan universiti," kata beliau.
Pada pertemua itu, tiga kertas makluman telah dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Pendidikan Inklusif: Sifar Penolakan Kemasukan Ke Sekolah, Sekolah Milik Masyarakat: Konsep Sumbangan Awam dan Swasta Kepada Sekolah, dan Pelaksanaan Pembangunan Semula, Naik Taraf dan Penyelenggaraan Sekolah.
Topic Berkaitan
#agenda pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#negeri pembangkang
#pentadbiran baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan