MALAYSIA
KPM akan laksana segera inisiatif baucar buku untuk PPP
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperincikan dan melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku kepada lebih 430,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah kementerian itu dan melaksanakannya dalam tempoh terdekat.
Ringkasan AI
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inisiatif berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di seluruh negara.
"KPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman pemberian baucar buku kepada semua PPP di bawah KPM sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.
"Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, termasuk golongan pendidik," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri dalam ucapannya semasa majlis itu berkata inisiatif pemberian baucar buku yang diperluas kepada lebih 400,000 guru tahun ini sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti.
Beliau berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.
Menurut KPM inisiatif itu juga bertepatan dengan usaha berterusan kementerian untuk mempertingkatkan amalan membaca di semua peringkat selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperincikan dan melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku kepada lebih 430,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam masa terdekat.
- Inisiatif ini disambut baik oleh KPM sebagai usaha menyokong budaya membaca dalam kalangan pendidik, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri semasa penutupan PBAKL 2025.
- KPM menyatakan bahawa langkah ini seiring dengan usaha kementerian untuk memperkukuh amalan membaca dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di semua peringkat.