KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam, kata Ketua Pengarahnya Datuk Pkharuddin Ghazali.
Beliau berkata pihaknya ketika ini sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk membuat pengambilan berkenaan.
"KPM juga sudah mencadangkan beberapa kaedah serta mengadakan perbincangan bagi memperhalusi satu persatu kaedah yang dicadangkan.
"Dalam masa terdekat juga, kita akan membuat proses pengambilan dan tawaran bagi guru-guru yang berjaya secara berfasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan minggu pertama pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata pihaknya juga akan bersama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) serta universiti awam untuk meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan.
"Insya-Allah kekurangan guru yang sedang dihadapi akan kita tangani peringkat demi peringkat dan sudah tentu ia tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, sebaliknya memerlukan masa dua atau tiga tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Pkharuddin berkata pihaknya ketika ini sudah mengadakan perbincangan dengan SPP untuk membuat pengambilan guru baharu. - Gambar fail

Jepun umum kawalan eksport peralatan cip
Jepun akan mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

19,985 premis dan bazar Ramadan telah dipantau
Sebanyak 19 ribu 985 premis dan bazar Ramadan di seluruh negara telah dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN setakat ini. Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 316 aduan diterima berkenaan harga.

KPDN lancar jualan Rahmah Wilayah KL
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, inisiatif itu melibatkan 15 rakan strategik daripada pengusaha pasaraya di ibu negara melibatkan 11 Parlimen.

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji
Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bonus satu bulan gaji atau minimum RM1,000 selewat-lewatnya pada 21 April depan.

Ada pengeluar mulai libat urus dengan KPDN - Fuziah Salleh
KPDN juga sedang berunding bersama pihak pengeluar mengenai inisiatif jualan Rahmah. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, meskipun ramai pihak industri terlibat ketika ini, namun libat urus itu memerlukan masa.

Sukan SEA: Skuad taekwondo jalani persiapan di Korea Selatan
Berbaki dua bulan menuju ke Sukan SEA Kemboja pada Mei, skuad taekwondo negara akan berkampung di Korea selama tiga minggu sebagai persiapan fasa akhir.

10 Berita Pilihan - (31 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

KPM kenal pasti enam subjek teras kekurangan guru di sekolah
Lim Hui Ying berkata mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.

KPM alami kekurangan guru BM, BI, Pendidikan Islam, RBT
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

KPM digesa pertimbang pengambilan guru dalam kalangan graduan tempatan - KGKS
KGKS menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan graduan anak tempatan.

Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran
NUTP memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tiga punca isu kekurangan guru masih belum selesai - Pensyarah UKM
Nisbah guru-murid Malaysia antara yang terbaik berbanding negara maju, anehnya kita masih dirundung masalah tak cukup guru.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Guru bersara awal punca sekolah mengalami kekurangan guru - Mah Hang Soon
Mah Hang Soon berkata, KPM bagaimanapun sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

Hanya 40 guru tempatan Sabah di bawah COS dilantik, sangat memalukan - Shafie Apdal
Hanya 40 daripada 292 guru di Sabah yang menerima Skim Perkhidmatan Kontrak (COS) pada tahun ini walaupun terdapat keperluan mendesak untuk tenaga pengajar di negeri itu.

KPM sentiasa beri peruntukan kepada sekolah terjejas akibat bencana
Sekolah-sekolah yang dilanda bencana alam dan mengalami kerosakan perlu melaporkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Parlimen: Negara kekurangan guru agama - KPM
Setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah.