awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM ambil alih operasi sekolah menengah agama di Labuan

Bernama
Bernama
13/11/2021
10:31 MYT
KPM ambil alih operasi sekolah menengah agama di Labuan
Operasi sebuah sekolah menengah agama di sini yang dikendalikan MAIWP selama sedekad, akan diambil alih secara rasmi oleh KPM menerusi Jabatan Pendidikan Labuan mulai Januari tahun depan. - Gambar fail
LABUAN: Operasi sebuah sekolah menengah agama di sini yang dikendalikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selama sedekad, akan diambil alih secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Labuan mulai Januari tahun depan.
Sekolah menengah agama di Kampung Lubok Temiang itu, mula dibuka pada 2011 dengan kurang 50 pelajar tetapi kini mempunyai lebih 400 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dari Sabah, Sarawak serta Labuan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad berkata memorandum persefahaman (MoU) untuk pengambilalihan itu telah ditandatangani Jun lepas dan sekolah tersebut akan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
"Pengoperasian masih dengan kerjasama MAIWP memandangkan majlis itu menyediakan premis sedia ada sekolah tersebut, manakala guru-guru daripada KPM," katanya kepada pemberita selepas program bersama pihak media, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, ketua-ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk di sini hari ini.
Yusup berkata semua 30 guru kontrak di sekolah itu akan diserap sebagai guru tetap di bawah KPM.
"Kita mempunyai pelan naik taraf jangka masa panjang untuk sekolah agama ini, iaitu menawarkan Tingkatan Enam kepada pelajar dalam masa tiga tahun lagi, supaya mereka berpeluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Al-Azhar atau Universiti Jordan," katanya.
Sementara itu, Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah sekolah menengah agama di Kg Sg Bedaun di sini, bernilai RM65 juta di bawah peruntukan Bajet 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah menengan agama
#Labuan
#ambil alih
#KPM
#MAIWP
#Kementerian Pendidikan
#Jabatan Pendidikan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan