MALAYSIA
KPM arah pengarah pendidikan, pegawai PPD buat lawatan mengejut ke sekolah, asrama
Mohd Azam berkata pengarah dan pegawai berkenaan juga perlu turun ke sekolah berasrama pada waktu malam, bukan sahaja untuk memantau malah mendekati dan memahami kehidupan pelajar di asrama. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua pengarah pendidikan negeri dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah secara mengejut, sebagai langkah memastikan gejala buli di sekolah dapat dibendung.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata malah pengarah dan pegawai berkenaan juga perlu turun ke sekolah berasrama pada waktu malam, bukan sahaja untuk memantau malah mendekati dan memahami kehidupan pelajar di asrama.
"Mungkin kita kena turun tanpa ada perancangan dan tanpa diberitahu. Kita turun ke sekolah, tengok keadaan sekolah, kita nak tengok nature sekolah itu macam apa berlaku. Kita mungkin turun malam nak tengok di asrama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Guru MADANI dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Enam di sini hari ini, disempurnakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Mohd Azam berkata kementerian juga mengarahkan pengetua dan guru besar mewajibkan laungan "Kami Benci Buli" sebelum dan selepas sesi persekolahan, sebagai peperangan terhadap gejala buli yang diperjuangkan KPM.
Beliau berkata laungan itu bertujuan menanamkan rasa benci akan gejala buli dalam minda dan diri pelajar serta murid.
Mohd Azam berkata pihaknya juga akan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sekolah terutama sekolah asrama, bagi mengekang kejadian buli seperti penambahan kamera litar tertutup (CCTV) dan bilangan warden asrama.
Pada masa sama, beliau juga meminta semua pihak termasuk guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan komuniti setempat supaya memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pelajar di asrama terutama pada waktu malam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM mengarahkan pengarah pendidikan negeri dan pegawai PPD untuk melakukan lawatan mengejut ke sekolah, termasuk sekolah berasrama pada waktu malam, bagi memantau dan memahami kehidupan pelajar serta mencegah gejala buli.
- Pengetua dan guru besar diwajibkan melaksanakan laungan "Kami Benci Buli" sebelum dan selepas sesi persekolahan sebagai usaha menanamkan penolakan terhadap budaya buli dalam kalangan pelajar.
- Ciri keselamatan di sekolah akan ditambah baik termasuk pemasangan CCTV dan penambahan bilangan warden asrama, dengan sokongan daripada guru, PIBG dan komuniti setempat bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.