NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah melakukan penilaian risiko bagi memastikan semua infrastruktur dan kemudahan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan selain mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dalam masa yang sama, semua sekolah juga diminta agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan keselamatan murid.
"Perkara itu (pelaksanaan penilaian risiko di sekolah) sememangnya dalam pemerhatian kita (KPM) dalam memastikan semua sekolah selamat termasuk infrastruktur dan kemudahannya.
"Ia (langkah keselamatan) juga ada kaitan dengan susulan peruntukan RM70,000 kepada sekolah-sekolah untuk menaik taraf dan menyelenggara (kemudahan), jadi langkah ini memang sangat kena pada masanya dan pada masa sama kita ingatkan semua sekolah kena ambil langkah berhati-hari bagi memastikan keselamatan murid.
"Keselamatan dan penilaian risiko itu melibatkan bangunan dan dalam kawasan sekolah serta premis sekolah, jadi semua proses kerja intervensi telah kita laksanakan dalam proses tersebut bagi memastikan sekolah sentiasa selamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program KV Insani Masyarakat MADANI Pulau Pinang di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Acheh di sini hari ini.
FADHLINA-SEKOLAH 2 (AKHIR) NIBONG TEBAL
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam bahawa Kerajaan Negeri Perak meminta sekolah di negeri itu melakukan penilaian risiko terhadap ancaman bahaya persekitaran dan peralatan yang digunakan di premis berkenaan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ia ekoran kejadian Selasa lepas iaitu seorang murid perempuan Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh, Nur Alisha Adawiyah Mohd Yusri, 9, cedera ditimpa tangki pam tandas yang tercabut ketika menggunakannya.
Sementara itu, mengulas mengenai kejadian pelajar maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan di sebuah sekolah menengah di Durian Daun, Melaka, Fadhlina berkata semua pihak di sekolah perlu bersama-sama memastikan keselamatan anak-anak dari semasa ke semasa.
"Sebenarnya kita perlu ambil langkah intervensi dan langkah berjaga-jaga, maknanya berhati-hati memantau keselamatan sebab kita memang di peringkat ini ada konsep sekolah selamat ... bukan sahaja selamat daripada gangguan buli tetapi juga daripada infrastruktur yang ada di sekolah," katanya.
Pada Khamis lepas, media melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah itu dan mangsa dijumpai oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah terbabit pada 2.31 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dalam masa yang sama, semua sekolah juga diminta agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan keselamatan murid. - Gambar fail/Astro AWANI
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Banjir: 470 institusi pendidikan dioperasi sebagai PPS - Fadhlina
Sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.