PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
"Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin," katanya.
Sementara itu, Garis Panduan Aktiviti Luar Insitusi di bawah KPM menetapkan aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan di dalam suhu kurang 35°C dengan langkah kawalan dan tahap berjaga-jaga.
Semua penyertaan murid di dalam aktiviti luar bilik darjah adalah dilaksanakan secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
Kemudahan penyejukan seperti kanopi, ais, tuala basah perlu disediakan di bawah garis panduan tersebut.
Murid digalakkan membawa air minuman dan minum sebelum, semasa dan selepas aktiviti diadakan.
Selain itu, pelaksana perlu membuat penyesuaian tempoh, waktu mula dan tamat acara atau aktiviti berdasarkan perubahan cuaca persekitaran.
Penerangan mengenai langkah pencegahan, simpton dan rawatan sekiranya mengalami gejala fenomena cuaca panas berlaku perlu diberikan kepada murid.
Sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C, semua aktiviti luar yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan.
Pada 4 Mei lalu, kementerian mengarahkan semua institusi pengajian di bawahnya supaya menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.
KPM memaklumkan, larangan itu termasuk merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023

KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas. - Foto Sinar Harian

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.

KPM terus nasihat sekolah tidak jalankan aktiviti luar bilik darjah
KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama seluruh Jabatan Pendidikan negeri bagi memberikan panduan.

Tabika, Taska KEMAS tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas
Pihaknya juga memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

Melaka tak halang aktiviti luar bilik darjah
Kerajaan negeri tidak menghalang pelajar melakukan sebarang aktiviti di luar bilik darjah pada ketika ini berikutan cuaca waktu siang dan purata suhu dicatatkan di Melaka adalah kira-kira 31 darjah Ce