awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025

Bernama
Bernama
15/10/2024
11:05 MYT
KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Wong Kah Woh berkata penambahbaikan ini turut melibatkan perubahan bentuk pelaporan daripada penguasaan Pentaksiran Berterusan (PB) kepada format peratusan dan gred. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Timbalan Menteri berkenaan Wong Kah Woh berkata penambahbaikan ini turut melibatkan perubahan bentuk pelaporan daripada penguasaan Pentaksiran Berterusan (PB) kepada format peratusan dan gred.
"Ujian akhir sesi akademik ini bukanlah ujian yang menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) kerana ia bukan peperiksaan pusat. Ujian ini bersifat 'low stakes' dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan peperiksaan terhadap murid,"katanya.
.Beliau menegaskan ujian ini tidak bertujuan untuk membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah, atau negeri tetapi lebih kepada membantu murid dalam membangunkan dan memperkembangkan potensi mereka sebagai persiapan menghadapi fasa pembelajaran seterusnya.
Beliau berkata demikian dalam sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini sebagai jawapan kepada usul yang dikemukakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula sistem peperiksaan UPSR dan PT3.
Wong berkata melalui PBS, guru dan murid dapat mengenal pasti kelemahan serta cabaran dalam pembelajaran yang membolehkan pelaksanaan program intervensi pemulihan selain pendekatan itu juga mengiktiraf kepelbagaian potensi, bakat, dan kemampuan setiap murid.
Beliau berkata pelaksanaan PBS adalah selaras dengan Education 2030 Incheon Declaration and Framework for Action yang dibentangkan di Forum Pendidikan Dunia di Korea Selatan pada 21 Mei 2015.
Deklarasi Incheon itu menggariskan pentaksiran pendidikan berkualiti melalui pentaksiran berterusan berasaskan bilik darjah serta pentaksiran komprehensif yang merangkumi aspek kognitif dan bukan kognitif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#ujian akhir tahun
#kuasa autonomi
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan