awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan

Bernama
Bernama
16/01/2025
07:13 MYT
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
KPM menyedari kebimbangan ibu bapa berhubung perkara tersebut, susulan beberapa aduan yang dikemukakan oleh mereka. - Gambar hiasan
KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diagihkan kepada murid sekolah rendah dan menengah oleh mana-mana pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata pihak kementerian menyedari kebimbangan ibu bapa berhubung perkara tersebut, susulan beberapa aduan yang dikemukakan oleh mereka.
"Objektif utama pemberian kerajaan ini (BAP) adalah untuk membantu ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan awal persekolahan bagi anak-anak mereka. Sebelum ini, ada ibu bapa yang risau BAP akan dipotong oleh pihak sekolah atau PIBG.
"Justeru dengan jaminan KPM, kita telah arah pemberian BAP tidak dipotong dan akan dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2025 peringkat Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di sini hari ini.
Ahmad Suhaimi berkata sebanyak RM39.13 juta BAP telah diperuntukkan oleh kerajaaan untuk diagihkan kepada 260,904 murid sekolah rendah dan menengah di Pahang.
"Anggaran penerimaan BAP pada 2025 bagi semua sekolah iaitu sekolah di bawah KPM dan sekolah bukan di bawah KPM adalah lebih 5.2 juta murid, dengan peruntukan diluluskan berjumlah RM791.25 juta.
"Bagi sekolah di seluruh negara di bawah KPM, jumlah peruntukan BAP yang disalurkan adalah sebanyak RM723.16 juta untuk manfaat 4.82 juta murid manakala Pahang pula, penyalurannya sebanyak RM39.13 juta," katanya.
BAP yang mula diperkenalkan sejak 2012 sebagai bantuan tunai secara sekali beri, kini turut diperluas kepada pelajar tingkatan enam yang akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAP
#bantuan awal persekolahan
#KPM
#pemotongan wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan