awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM bincang dengan Pulau Pinang isu sambutan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
23/08/2015
16:11 MYT
KPM bincang dengan Pulau Pinang isu sambutan Hari Kebangsaan
MAHDZIR: Para pegawainya akan menemui wakil kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum membuat sebarang perubahan terhadap arahan larangan sekolah daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri itu.
Menterinya Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata para pegawainya akan menemui wakil kerajaan negeri dalam masa terdekat.
"Selepas itu kita akan membuat keputusan mengenainya. Setakat ini arahan tersebut adalah kekal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong, pada Ahad.
Kementerian sebelum ini telah mengeluarkan larangan tersebut berikutan kerajaan negeri Pulau Pinang mahu menggunakan tema yang berbeza daripada tema yang digunakan kerajaan persekutuan iaitu "Sehati Sejiwa'.
Pulau Pinang mahu menggunakan tema yang mempunyai kaitan dengan 'Bersih'.
Dalam ucapan perasmiannya, Mahdzhir berkata UMNO perlu mengekalkan solidariti dalam memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pemerintah yang membela nasib rakyat.
Beliau berkata anggota UMNO perlu mengelak daripada mengamalkan politik kebencian sehingga boleh mencetus perpecahan yang akan membawa kepada kegagalan BN dalam mengekal undi pada pilihan raya umum.
"Ini pernah terjadi ketika Kedah jatuh ke tangan PAS, kerana adanya pergerakan yang menyemai api kebencian terhadap kerajaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan