MALAYSIA
KPM bincang hadkan jumlah guru sertai aktiviti luar sekolah

Mohd Azam berkata langkah itu diambil dalam usaha mengurangkan beban tugas pendidik yang sering dilibatkan dalam tugasan luar sekolah. - Gambar/ Bernama
JASIN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bagi mengehadkan jumlah guru untuk menyertai aktiviti luar sekolah, kata Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad.
Ringkasan AI
- KPM akan mengadakan perbincangan untuk mengehadkan jumlah guru yang terlibat dalam aktiviti luar sekolah bagi mengurangkan beban tugas dan memastikan fokus terhadap pembelajaran murid.
- Ketua Pengarah Pendidikan menekankan agar aktiviti yang tidak berimpak tinggi atau tidak berkaitan langsung dengan pembelajaran ditinggalkan, dan guru besar serta pengetua diminta menyusun strategi penyelarasan aktiviti secara lebih terkawal.
- Langkah ini selari dengan tujuh inisiatif pengurangan beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan, termasuk pemansuhan acara tidak relevan dan pelantikan orang awam sebagai pengawas peperiksaan.
Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kementerian itu menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik orang awam sebagai pengawas peperiksaan.
Beliau berkata isu yang berpanjangan itu sememangnya menjadi fokus beliau sejak memulakan perkhidmatan di KPM dan memerlukan penyelesaian yang menyeluruh.
Mohd Azam berkata guru besar dan pengetua juga diminta untuk menyusun strategi dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang membabitkan guru agar lebih terkawal dan tidak menambah tanggungjawab sedia ada mereka.
"Saya fokuskan murid dan pelajar kita datang sekolah, mesti dapat hak mereka untuk belajar dan guru-guru tidak payah pening-pening kepala (untuk program bukan berimpak tinggi).
"Perkara lain yang tidak profesional dan tiada kaitan dengan aktiviti pembelajaran dan murid (boleh) tinggalkan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami