awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin

Bernama
Bernama
05/03/2021
20:17 MYT
KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usaha merealisasikan gelombang terakhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi antara fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.
"Apa yang ditekankan Perdana Menteri kepada saya supaya kita dapat tambah baik sistem pendidikan untuk pastikan kualitinya terus dipertingkatkan dan beliau pun ada bertanya kepada saya bagaimana status PPPM ini," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Muhyiddin melancarkan PPPM ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada 2013.
PPPM merupakan asas atau panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat holistik yang mengandungi rancangan untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.
Gelombang terakhir PPPM memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan (fleksibel) operasi.
Radzi berkata beliau sendiri telah meminta warga kerja KPM untuk melihat satu persatu ruang yang boleh diambil dalam memastikan hasrat dalam PPPM dapat menjadi kenyataan.
"Sebab kadang-kadang kita ada perancangan baik tapi kalau tidak dilaksanakan dengan baik maka hasil tak jelas, sebab itu orang kadang-kadang tanya, apa perancangan menteri ini, secara umumnya perancangan sudah ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPPM
#Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
#KPM
#Kementerian Pendidikan
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan