MALAYSIA
KPM jamin pelaksanaan pengajaran berpasukan tidak wujudkan jurang bandar, luar bandar
Wong menegaskan pelaksanaan kaedah co-teaching tidak akan menimbulkan perbezaan prestasi antara sekolah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan pelaksanaan kaedah pengajaran berpasukan atau co-teaching di bawah Kurikulum Persekolahan 2027 tidak akan mewujudkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar, sebaliknya dilaksanakan secara berperingkat mengikut tahap kesiapsiagaan setiap sekolah.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pendekatan itu memberi autonomi kepada guru besar untuk menentukan kaedah pelaksanaan terbaik berdasarkan keperluan, kapasiti dan kekangan di sekolah masing-masing.
Beliau menjawab soalan senator Susan Chemerai Anding mengenai kesediaan sekolah luar bandar dan kawasan terpencil berbanding sekolah berprestasi tinggi di bandar dalam melaksanakan kaedah itu.
Wong berkata KPM sedar masih terdapat sekolah yang berdepan cabaran seperti kekurangan guru atau fasiliti, dan sebab itu fleksibiliti diberikan bagi mengelakkan pelaksanaan yang membebankan atau tidak setara.
"Kami cakna berkenaan dengan ada sekolah-sekolah yang mungkin tidak bersedia akibat daripada kekurangan dari segi pengisian guru dan tidak bersedia dari segi fasiliti.
"Jadi, kami memberikan kebebasan dan juga autonomi kepada pihak guru besar untuk menentukan cara mana dan inisiatif mana yang hendak dan boleh dilaksanakan supaya ia boleh mendatangkan hasil yang terbaik kepada anak-anak kita," katanya.
Wong turut menegaskan pelaksanaan kaedah itu tidak akan menimbulkan perbezaan prestasi antara sekolah, meskipun terdapat sekolah yang mungkin masih menggunakan kaedah tradisional iaitu seorang guru mengajar mata pelajaran baharu pada peringkat awal.
Beliau berkata KPM akan memastikan semua guru diberi latihan yang mencukupi untuk melaksanakan teras kurikulum baharu, termasuk bagi tiga mata pelajaran baharu bersifat pembelajaran bersepadu iaitu Alam dan Manusia (Tahap 1, 2027), Eksplorasi Sains dan Teknologi (Tahap 2, 2029) serta Eksplorasi Seni dan Dunia (Tahap 2, 2029).
"Pihak KPM akan pastikan semua guru bersedia untuk melaksanakan segala inisiatif dan juga teras yang termaktub dalam Kurikulum Persekolahan 2027 demi kebaikan anak-anak di sekolah," katanya.
Pengajaran berpasukan adalah pendekatan pedagogi yang melibatkan dua guru bekerjasama dalam merancang, melaksana dan menilai pembelajaran secara bersama, khusus bagi mata pelajaran baharu yang bersifat transdisiplin dan memerlukan aktiviti amali serta pembelajaran berasaskan projek.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM menjamin pelaksanaan kaedah pengajaran berpasukan di bawah Kurikulum Persekolahan 2027 tidak akan cipta jurang antara sekolah bandar dan luar bandar, dilaksanakan mengikut tahap kesiapsiagaan setiap sekolah.
- Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berikan autonomi kepada guru besar untuk pilih kaedah terbaik berdasarkan keperluan, kapasiti, dan kekangan di setiap sekolah.
- Kementerian akan pastikan semua guru bersedia untuk teras kurikulum baharu demi kebaikan pelajar, termasuk latihan untuk tiga mata pelajaran baharu pada tahun 2027 dan 2029.