MALAYSIA
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM menjangkakan peningkatan ketara jumlah kemasukan murid, khususnya di kawasan bandar. - Gambar/ Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) membuat persiapan maksimum bagi menghadapi kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu bermula tahun hadapan susulan jangkaan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pendaftaran murid secara dalam talian dibuka pada 15 Feb dan berdasarkan maklum balas awal, KPM menjangkakan peningkatan ketara jumlah kemasukan murid, khususnya di kawasan bandar.
"Seperti saya sebutkan di Parlimen sebelum ini, persiapan kita pada tahap maksimum walaupun bilangan murid belum dapat sepenuhnya kerana pendaftaran belum dibuka," katanya.
Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program dan Semarak Sejahtera Warga Emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Datuk Che Murad Sayang Ramjan.
Beliau berkata tumpuan utama KPM ketika ini ialah pemetaan kawasan dan sekolah termasuk mengenal pasti fasiliti sedia ada, kapasiti kelas dan mengoptimumkan sekolah yang dijangka menerima limpahan pelajar.
"Kalau ikut pemetaan kita, semua kawasan bandar dijangka terima lebih ramai (murid) daripada biasa. Bermakna ibu bapa menyambut perkara ini dengan sangat baik," katanya.
Dalam usaha menampung keperluan itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM akan mengoptimumkan penggunaan kelas sedia ada dan menambah kelas baharu melalui kaedah pembinaan sistem berindustri (IBS) yang lebih pantas berbanding pembinaan konvensional.
"Kita juga akan membuka pengambilan 20,000 guru seperti yang diperlukan. Dua perkara utama sedang kita persiapkan dengan sangat tekun dan teliti kerana KPM komited memastikan kelancaran pelaksanaan kemasukan murid tahun satu," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM bersedia hadapi kemasukan kanak-kanak tahun satu susulan permintaan tinggi dari ibu bapa, dengan pendaftaran secara dalam talian dibuka pada 15 Feb.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjangkakan peningkatan ketara jumlah kemasukan murid terutamanya di kawasan bandar; persiapan dilakukan pada tahap maksimum.
- Fokus KPM adalah pemetaan kawasan dan sekolah, pengoptimuman fasiliti sedia ada, penambahan guru, serta pembukaan kelas baharu melalui IBS untuk menampung peningkatan kemasukan murid.