MALAYSIA
KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. - Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), susulan polemik dibangkitkan masyarakat.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
"Perkara ini akan dilakukan sesegera mungkin, saya minta Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad memberikan pandangan kementerian, manakala ahli MPPK juga akan membincangkannya.
"Laporan kaji selidik dan sebarang keputusan akan diserahkan kepada ahli Kabinet untuk diteliti," ujar Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026.
Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, manakala PT3 dihentikan pada tahun 2022, kemudian digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Berdasarkan pemerhatian pendapat umum, sebahagian masyarakat berpandangan langkah berkenaan mengakibatkan sebahagian pelajar keciciran prestasi akademik.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara termasuk UPSR dan PT3 susulan polemik yang timbul, dengan melibatkan pandangan pakar pendidikan dan data yang relevan sebelum sebarang keputusan dibuat.
- Keputusan kajian akan diserahkan kepada ahli Kabinet untuk penelitian lanjut, berikutan penggantian UPSR dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2021 dan penghentian PT3 pada tahun 2022.
- Langkah penggantian peperiksaan sebelum ini didapati menyebabkan sebahagian pelajar mengalami keciciran prestasi akademik, menurut pandangan masyarakat umum.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
"Perkara ini akan dilakukan sesegera mungkin, saya minta Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad memberikan pandangan kementerian, manakala ahli MPPK juga akan membincangkannya.
"Laporan kaji selidik dan sebarang keputusan akan diserahkan kepada ahli Kabinet untuk diteliti," ujar Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026.
Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, manakala PT3 dihentikan pada tahun 2022, kemudian digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Berdasarkan pemerhatian pendapat umum, sebahagian masyarakat berpandangan langkah berkenaan mengakibatkan sebahagian pelajar keciciran prestasi akademik.
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
#UPSR
#Pentaksiran Tingkatan Tiga
#PT3
#Fadhlina Sidek