[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

KPM, KPT ganding bahu jayakan mesyuarat pendidikan ASEAN

Farhan Hakimi 19/06/2025 | 06:15 MYT
Acara menghimpunkan menteri pendidikan dan pengajian tinggi daripada negara-negara anggota ASEAN serta Timor Leste, selain wakil kanan dari Myanmar dan Sekretariat ASEAN. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI : Malaysia terus komitmed dalam memacu pendidikan inklusif dan saksama di rantau ini.

Ringkasan AI
  • Malaysia menerusi KPM dan KPT memperkukuh pendidikan inklusif serantau melalui Sidang Meja Bulat ASEAN 2025, melibatkan perbincangan pendidikan asas dan tinggi ke arah visi 2045.
  • Mesyuarat di Langkawi disertai semua negara ASEAN dan Timor Leste, serta dihadiri wakil Myanmar dan Sekretariat ASEAN untuk menyelaraskan hala tuju pendidikan serantau.
  • Kenyataan Bersama sedang dirangka untuk menangani isu kanak-kanak dan belia tidak bersekolah (OOSCY) dan dijangka menjadi asas komitmen baharu memperkukuh akses pendidikan dekad akan datang.

Ia dibuktikan menerusi kolaborasi strategik antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersempena penganjuran Sidang Meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN 2025 bermula 17 Jun hingga hari ini.
Mesyuarat melibatkan perbincangan mengenai pendidikan asas dan pendidikan tinggi dalam usaha menyelaras visi pendidikan serantau menjelang tahun 2045.
Acara ini menghimpunkan menteri pendidikan dan pengajian tinggi daripada negara-negara anggota ASEAN serta Timor Leste, selain wakil kanan dari Myanmar dan Sekretariat ASEAN.
Sebagai manifestasi komitmen bersama, satu Kenyataan Bersama mengenai isu Out-of-School Children and Youth (OOSCY) di ASEAN sedang dirangka untuk dijadikan sebagai kerangka panduan tindakan serantau.
Dokumen ini antara lain, menangani isu-isu utama yang menghalang kemajuan dalam usaha
memastikan akses pendidikan, dan dijangka dibentang serta diterima sebagai asas komitmen
baharu dalam memperkukuh pendidikan serantau untuk dekad akan datang.
#Kementerian Pendidikan Tinggi #Kementerian Pendidikan #ASEAN #Sidang Meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Ting