awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM lulus RM300,000 untuk selenggara SK Jabi, Pokok Sena - Fadhlina

Bernama
Bernama
10/06/2023
08:39 MYT
KPM lulus RM300,000 untuk selenggara SK Jabi, Pokok Sena - Fadhlina
Fadhlina dan Saifuddin melawat SK Jabi hari ini. - Gambar/ Pejabat Menteri Dalam Negeri
POKOK SENA: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini bersetuju meluluskan peruntukan RM300,000 untuk penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, di sini dalam usaha menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan selesa kepada warga sekolah itu.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata selain itu, projek bina baharu bengkel mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang menelan belanja kira-kira RM700,000 turut akan dilaksanakan di SK Jabi untuk pembangunan sekolah berkenaan.
"...daripada awal memang komitmen kita sebagai kerajaan telah mengutamakan soal-soal pembangunan bangunan daif dan juga penyelenggaraan. Jadi untuk hari ini saya sempat meninjau di sekolah ini, dan melihat keperluan dan penyelenggaraan (yang diperlukan) di Sekolah Kebangsaan Jabi ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek bina baharu bengkel RBT di SK Jabi serta meninjau kawasan sekolah itu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata projek bina baharu bengkel RBT di SK Jabi merupakan antara satu daripada tujuh projek di bawah KPM yang akan dilaksanakan di daerah Pokok Sena.
"Tugas kami (sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah) memastikan bahawa apabila projek diluluskan, peruntukan diluluskan, pelaksanaan (projek) itu mesti berlangsung dengan jayanya, tak boleh lambat, tak boleh tertangguh, tak boleh jadi projek sakit yang kita tahu kesan sangat merugikan.
"Tengok guru besar (SK Jabi) tadi sebut siling bocor, tandas uzur, menjadikan bangunan tidak selamat, ini semua kategori daif. Jadi saya berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Fadhlina sebab bagi tumpuan untuk membaiki dan naik taraf sekolah daif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#Fadhlina Sidek
#penyelenggaraan sekolah
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan