SUNGAI BESAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengutamakan para guru yang berisiko tinggi untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sekiranya permintaan agar golongan itu dimasukkan dalam kelompok penerima fasa pertama yang bermula Rabu ini, diluluskan.
Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya berkata KPM sedang berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agar guru dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama memandangkan sesi persekolahan akan bermula Mac ini.
"Sekiranya permohonan ini diluluskan, kementerian akan memberi keutamaan kepada guru-guru yang berisiko tinggi untuk mendapat suntikan vaksin itu," katanya kepada pemberita selepas tinjauan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada pihak yang mahu mereka dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama termasuk golongan pendidik.
Permohonan berkenaan katanya dilihat munasabah memandangkan sekolah akan dibuka semula pada Mac ini.
Bagaimanapun Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata pihaknya berdepan kekangan kerana bekalan vaksin bagi fasa pertama hanya berjumlah kira-kira satu juta dos dengan sebahagian pendaftaran membabitkan 500,000 barisan hadapan dalam sektor kesihatan dan bukan kesihatan.
Oleh itu, Khairy meminta agar KPM menyenaraikan guru-guru berisiko tinggi supaya mereka menerima vaksin menjelang pembukaan sekolah Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada pihak yang mahu mereka dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama termasuk golongan pendidik. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.