awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM perlu hentikan sistem ranking antara sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2022
20:20 MYT
KPM perlu hentikan sistem ranking antara sekolah
Noor Azlan berkata, sistem tersebut merupakan satu kesalahan besar dan KPM sepatutnya fokus dalam tugas mendidik pelajar. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menghentikan sistem penilaian berdasarkan kedudukan ranking sebagai pengukur prestasi antara sekolah.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, sistem tersebut merupakan satu kesalahan besar dan KPM sepatutnya fokus dalam tugas mendidik pelajar.
“Ia serius mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah kepada seluruh negara.
Persekolahan bukan tentang peperiksaan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya, pada Sabtu.
Noor Azlan mengulas mengenai tindakan KPM yang meletakkan prestasi ranking antara sekolah berdasarkan keputusan hasil analisis Sijil Pelajaran Malaysia 2021 baru-baru ini.
Beliau berkata, semua sekolah perlu berupaya mendidik dan menghargai pelajar mereka dengan baik.
“Semua murid adalah permata. Gilap setiap murid dengan didikan terbaik.
“Sebaiknya kita mesti lebih berbincang mengenai sekolah yang perlu dipertingkatkan kualiti pendidikan yang diberi. Berubahlah KPM,” katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Noor Azlan Ghazali
#ranking antara sekolah
#MINDA-UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan