KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula kurikulum pendidikan sekolah rendah sebagai usaha jangka panjang menyelesaikan isu beg sekolah berat yang telah lama dihadapi murid.
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata usaha itu wajar dilaksanakan bagi mendepani isu beg berat yang kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1.
Tambahnya, dengan langkah itu, pelajar di masa hadapan tidak lagi akan dibebankan dengan sukatan mata pelajaran yang terlalu banyak dan padat, sekali gus melestarikan sistem pendidikan negara.
"Seharusnya kita memulakan sistem pendidikan sekolah rendah yang bersifat modular, di mana anak-anak kita dapat belajar menggunakan modul-modul pembelajaran mereka yang berasaskan tema-tema yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
"Banyak negara di dunia ini, khususnya negara maju, sistem pendidikan mereka mempunyai bilangan mata pelajaran yang kurang daripada negara kita. Tetapi mereka telah berjaya melaksanakan sistem pendidikan yang berkualiti kerana mereka melakukan penjajaran kurikulum yang sesuai dengan mata pelajaran pada waktu ini dan masa hadapan," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Sementara itu, Anuar menegaskan, adalah penting untuk KPM meningkatkan latihan dan kemahiran guru agar dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya bagi pembelajaran teras iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dengan berkesan.
"Selain melakukan penjajaran mata pelajaran dan juga semakan semula silibus, latihan guru-guru juga harus diberikan perhatian. Tindakan ini khususnya bagi guru-guru di peringkat sekolah di Tahap 1.
"Ini bagi meningkatkan kemahiran pengajaran mereka sekali gus dapat memberi makna kepada pelajar-pelajar serta menimbulkan keseronokan, motivasi dan minat untuk pelajar meneruskan pembelajaran mereka di peringkat-peringkat yang seterusnya" katanya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengumumkan tujuh ketetapan diperincikan KPM yang bakal dilaksanakan bagi menangani isu beg berat dihadapi murid.
Antaranya, penyediaan lokar yang julung kali diwujudkan di sekolah rendah dan penyusunan semula jadual waktu, selain ketetapan dari aspek bilangan buku latihan; penggunaan buku aktiviti dan buku kerja; pengenalan buku teks digital, pelaksanaan PdP, serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Mengenai lokar, katanya KPM akan menyediakan kemudahan itu di sekolah rendah secara berfasa dengan Fasa 1 adalah bagi murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.
Katanya, Fasa 2 penyediaan lokar pula akan diperluas kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah beroperasi secara dua sesi, yang dijangka dilaksanakan pada 2023.
Eton Khir
Mon Mar 07 2022
Anuar berkata, dengan langkah itu, pelajar di masa hadapan tidak lagi akan dibebankan dengan sukatan mata pelajaran yang terlalu banyak dan padat, sekali gus melestarikan sistem pendidikan negara. - Gambar/ Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
KPM perlu wujud jawatankuasa khas semak semula kurikulum sekolah rendah
Usaha itu wajar dilaksanakan bagi mendepani isu beg berat yang kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1.
Beg sekolah berat: 'Saya tak senyap, saya kaji penyelesaian dahulu' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, KPM juga akan mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi memantau pelaksanaan ketujuh-tujuh strategi berkenaan.
Beg sekolah berat: Tiba masa pihak swasta hulur tangan sediakan lokar
Bantuan pihak swasta perlu memandangkan buat masa kini Kementerian Pendidikan difahamkan tidak menyediakan peruntukan untuk sekolah menyediakan perkhidmatan lokar