SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan, kata Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying.
Beliau berkata penerapan kod itu yang selaras dengan hasrat kementerian mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan akan terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.
"Sepertimana diumumkan semasa Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 pada 15 Feb lepas, Kod Sukan Selamat turut digunakan dalam Kejohanan MSSM tahun ini dan kita bekerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Ini kerana kita mahu anak-anak selamat dan sihat, bukan sahaja di sekolah, tapi sukan juga. Ibu bapa mereka hantar ke sini kerana bakat mereka jadi kita bertanggungjawab pastikan keselamatan mereka diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga MSSM kali ke-63, di sini ,hari ini.
Kod Sukan Selamat diperkenalkan KBS merupakan panduan dan rujukan kepada semua komuniti sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti sukan khususnya melibatkan atlet kanak-kanak.
Lim berkata sukan juga berfungsi sebagai ejen perpaduan berikutan ia membabitkan semua kaum sekali gus memupuk kebersamaan dalam kalangan pelajar.
Dalam pada itu, katanya, menerusi kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan, peluang untuk atlet murid KPM terus menyinar di arena sukan semakin luas bermula dari peringkat sekolah ke antarabangsa.
Katanya, bermula dengan latihan serta bimbingan yang diberikan jurulatih Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah di 612 Pusat Latihan Daerah seluruh negara, atlet berpeluang meneruskan latihan di 15 sekolah sukan negeri dan lima sekolah sukan Malaysia seterusnya mengikuti program Pelapis Kebangsaan dan Program PODIUM di bawah pengurusan MSN.
"Terkini, KPM dengan kerjasama KBS dan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) akan memberi fokus serta keutamaan terhadap tiga sukan utama iaitu olahraga, renang dan sukan tempur," katanya.
Dalam kejohanan berkenaan, MSSM Johor dinobatkan juara keseluruhan dengan atletnya Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau dianugerahkan Olahragawan manakala Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira dari MSSM Terengganu sebagai Olahragawati.
Kejohanan lima hari itu seramai 1,300 peserta dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada majlis perasmian penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-63 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.
KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah
KBS telah membawa murid OKU Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.
Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, aktiviti sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.
KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin
Kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.
Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti
Keutamaan adalah memastikan venue tersebut sentiasa diselenggara dengan baik selain tidak menjadikannya projek gajah putih.