awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

Bernama
Bernama
07/12/2024
09:36 MYT
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di negeri terlibat banjir diarah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan terutamanya di kawasan berisiko tinggi.
Menurut KPM semua jawatankuasa diminta melaksanakan tanggungjawab masing-masing berdasarkan surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran yang berkuat kuasa serta merujuk Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan KPM yang merangkumi tindakan perlu diambil sebelum, semasa dan selepas banjir.
Arahan tersebut melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir dijangka melanda negara mulai esok hingga 14 Dis ini.
Sementara itu, KPM turut memaklumkan prosedur operasi standard Ops Payung telah diaktifkan bagi memastikan Ujian Amali Sains, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual pada 9, 10 dan 12 Dis berjalan lancar.
"KPM komited memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga KPM terpelihara dalam menghadapi bencana banjir," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#kesiapsiagaan
#gelombang kedua banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan