awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM siasat dakwaan penjualan kertas soalan SPM - KP Pendidikan

Bernama
Bernama
25/11/2025
03:20 MYT
KPM siasat dakwaan penjualan kertas soalan SPM - KP Pendidikan
Menurut Mohd Azam, walaupun tiada laporan rasmi diterima, pihaknya menyedari dakwaan penjualan kertas peperiksaan yang tular di media sosial beberapa hari lepas. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan berhubung penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa bocor.
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata, walaupun tiada laporan rasmi diterima, pihaknya menyedari dakwaan yang tular di media sosial beberapa hari lepas.
"Ini dalam tindakan Lembaga Peperiksaan dan saya yakin mereka ada prosedur yang betul," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (1), di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa tangkap layar tular menunjukkan pihak tertentu menawarkan soalan SPM yang didakwa bocor dengan harga serendah RM499 bagi setiap mata pelajaran, disertai jaminan pengembalian wang sekiranya calon tidak memperoleh keputusan cemerlang.
Dr Azam menegaskan bahawa kertas soalan SPM berada dalam kawalan yang ketat dengan semua prosedur keselamatan peperiksaan dipatuhi, termasuk di negeri yang terjejas bencana banjir.
"Kita sudah mula mengambil tindakan dan sedang menentukan lokasi simpanan kertas soalan. Setidak-tidaknya kita letakkan di lokap-lokap balai polis," katanya.
Seramai 413,372 calon menduduki SPM 2025, meliputi calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, sekolah menengah agama rakyat dan calon persendirian.
Hari ini jadual SPM 2025 bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula 8.15 pagi, disusuli Pendidikan Seni Visual (Teori Seni Kertas 1) pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual kertas SPM
#kertas SPM bocor
#Kementerian Pendidikan
#Mohd Azam Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan