MALAYSIA
KPM teliti cadangan tempatkan polis bantuan di sekolah demi keselamatan murid
Fadhlina ditemu bual media pada majlis penutupan Kongres Pra-Universiti Madani 2025 peringkat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini, hari ini. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperhalusi pelbagai pandangan dan langkah bagi memastikan keselamatan murid, termasuk cadangan menempatkan polis bantuan serta pondok polis di sekolah bagi menangani isu buli.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua pandangan itu sedang diteliti sebelum KPM memuktamadkan tindakan yang wajar dilaksanakan dalam usaha menangani gejala buli di sekolah.
"Kita ambil kira semua pandangan ketika ini, khususnya melalui jawatankuasa reformasi keselamatan sekolah yang sedang dilaksanakan serta proses audit keselamatan.
"Kita juga sedang mengumpul pandangan menerusi sesi libat urus 'town hall' bersama Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Komunikasi bagi meneliti rang undang-undang anti-buli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Pra Universiti MADANI 2025 peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika mengulas cadangan beberapa pihak agar KPM menempatkan polis bantuan dan pondok polis di sekolah bagi membendung isu buli yang semakin membimbangkan.
Fadhlina berkata di peringkat KPM, pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terus terpelihara, termasuk penguatkuasaan peraturan sedia ada serta pematuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Mengenai Kongres Pra Universiti MADANI itu, beliau berkata penganjurannya di peringkat negeri termasuk di Kelantan adalah hasil inisiatif serta komitmen pelajar Tingkatan Enam yang berjaya menganjurkan program tersebut dengan berkesan.
Beliau turut memaklumkan menerima usul-usul yang dibangkitkan dalam kongres peringkat negeri dan memberi jaminan untuk menelitinya secara serius, dengan sebahagian usul telah pun diluluskan antaranya cadangan penganjuran bengkel serta program akademik.
"Ini adalah kongres kedua selepas Kelantan dan ia merupakan hasil kerja keras anak-anak Tingkatan Enam yang sangat luar biasa. Kementerian menyokong penuh penganjuran ini dan akan terus membantu pelaksanaannya di peringkat kebangsaan pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM sedang teliti cadangan keselamatan sekolah, termasuk menempatkan polis bantuan dan pondok polis bagi membendung isu buli.
- Fadhlina Sidek maklumkan semua pandangan dikaji melalui jawatankuasa reformasi keselamatan, audit keselamatan, dan sesi libat urus untuk rang undang-undang anti-buli.
- Langkah sedia ada diteruskan sambil KPM fokus kepada penganjuran Kongres Pra Universiti MADANI dan meneliti usul pelajar Tingkatan Enam untuk program akademik.