NIBONG TEBAL: Kementerian Pelajaran (KPM) sekali lagi menasihatkan semua sekolah agar tidak menganjurkan sebarang aktiviti luar bilik darjah antaranya merentas desa dan sukan memandangkan keadaan cuaca masih panas ketika ini, demi keselamatan dan kesihatan para pelajar.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama seluruh Jabatan Pendidikan negeri bagi memberikan panduan untuk memastikan sekolah tidak menjalankan aktiviti luar ketika ini.
Beliau berkata KPM menasihatkan pihak sekolah agar tidak menganjurkan aktiviti luar bilik darjah ketika ini memandangkan keadaan cuaca panas, namun penangguhan itu bersifat sementara dan berdasarkan keadaan cuaca semasa.
Beliau berkata setakat ini tiada sekolah yang ditutup susulan cuaca panas, namun pihaknya mengambil pelbagai pendekatan dan terus dalam keadaan berjaga-jaga serta bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan.
"Cuma untuk sementara ini, saya minta semua sekolah tangguh sebentar (aktiviti luar bilik darjah) sehingga cuaca benar-benar kembali seperti sediakala dan membolehkan pelajar kita melakukan aktiviti di luar kelas dengan lebih selamat kerana kita perlu ambil langkah berjaga-jaga," katanya Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Dato' Haji Ahmad Salleh, Kampung Permatang Keling di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Fadhlina berkata, KPM menasihatkan pihak sekolah agar tidak menganjurkan aktiviti luar bilik darjah ketika ini memandangkan keadaan cuaca panas, namun penangguhan itu bersifat sementara. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Buka PPV khas untuk murid sekolah - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan kerajaan menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) khas untuk murid sekolah dan tidak bersekali dengan PPV umum.
Isu gagal BM: Mungkin susah untuk dapat A namun sukar sangat ke nak lulus?
Adakah disebabkan kertas BM di peringkat SPM terlalu sukar atau masih wujud segelintir masyarakat di negara ini masih tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu?
Lagi empat sekolah di Kelantan ditunda sesi persekolahan
SK Pasir Tumboh, SK Bihai, SK Tohoi dan SK Pasir Linggi adalah tambahan empat lagi sekolah yang ditunda sesi persekolahan 2015, esok.
UPSR: Lembaga Peperiksaan akan membuat siasatan
Lembaga Peperiksaan berkata ia bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.
UPSR: Tarikh baru kertas Bahasa Inggeris pada 30 September
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bersekali dengan kertas sains 018, 028, dan 038.
Penambahbaikan PBS bermula 1 April
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil kira bebanan guru dalam pelaksanaan penambahbaikan PBS.
Penggabungan dua kementerian seragamkan dasar pendidikan - Muhyiddin
Pengurusan gabungan dua kementerian akan lebih teratur melalui perkongsian sumber dan kepakaran.
Polis diminta siasat penyebaran Bible ke sekolah
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.
Hanya 0.05 peratus guru bermasalah
Hasil intervensi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati jumlah ini berkurangan sebanyak 530 orang berbanding 774 (2009) dan 747(2010).
2,313 murid miskin ditawar ke sekolah berasrama penuh
Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh tahun depan melalui bantuan Kementerian Pelajaran.