KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina

Dr Wan Azizah Razak bergambar bersama para penerima sumbangan sempena Program Ceria ke Sekolah bersama ERM hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan, antara dua fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) pada sesi persekolahan 2026.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan kepada pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan pada tahun 2026.
- Menteri Fadhlina Sidek menyifatkan program bantuan persekolahan sebagai langkah penting untuk meringankan beban ibu bapa serta mempersiapkan anak-anak ke sekolah.
- Program bantuan persekolahan dihadiri oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, yang menerima sumbangan kewangan serta kelengkapan persekolahan bernilai RM300 setiap pelajar.
Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Dalam pada itu, Fadhlina menyifatkan program bantuan persekolahan itu sebagai amat bermakna dalam membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak.
Seramai 800 murid menerima bantuan pada program hari ini, manakala keseluruhan penerima bantuan persekolahan di Parlimen Bandar Tun Razak melibatkan kira-kira 5,000 murid.
Beliau berkata inisiatif sedemikian selari dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kebajikan pendidikan anak-anak terus terbela serta kesiapsiagaan persekolahan dapat dipertingkatkan.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata program berkenaan mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.
"Alhamdulillah, pada kesempatan ini kita dapat bersama-sama dalam satu program yang cukup bermakna apabila kita dapat menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada ERM Foundation selaku penaja program atas komitmen dan sokongan yang berterusan kepada anak-anak muda," katanya ketika berucap pada program berkenaan.
Sementara itu, Pengasas ERM Foundation Xin Er berkata inisiatif itu bertujuan membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dengan menyediakan bantuan kewangan dan kelengkapan persekolahan asas, yang menyaksikan setiap pelajar menerima RM300.
Sementara itu, Pengasas ERM Foundation Xin Er berkata inisiatif berkenaan, yang menyediakan bantuan kewangan RM300 serta kelengkapan persekolahan kepada 800 pelajar di Parlimen Bandar Tun Razak, bertujuan membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menghadapi sesi persekolahan baharu, dan berharap program itu dapat dijadikan acara tahunan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) pada sesi persekolahan 2026 berdasarkan artikel ini? A: Fokus utama KPM pada sesi persekolahan 2026 adalah pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu dan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan.
- Q: Berapa jumlah keseluruhan penerima bantuan persekolahan di Parlimen Bandar Tun Razak seperti yang disebutkan dalam artikel? A: Keseluruhan penerima bantuan persekolahan di Parlimen Bandar Tun Razak melibatkan kira-kira 5,000 murid.
- Q: Apakah tujuan inisiatif yang dilaksanakan oleh ERM Foundation seperti yang dinyatakan dalam artikel? A: Inisiatif ERM Foundation bertujuan membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dengan menyediakan bantuan kewangan dan kelengkapan persekolahan asas, setiap pelajar menerima RM300.
- Q: Siapakah yang turut hadir dalam Program Ceria ke Sekolah bersama ERM Foundation bagi Parlimen Bandar Tun Razak seperti yang dilaporkan dalam artikel? A: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin turut hadir dalam program tersebut.
- Q: Apakah yang disifatkan oleh Fadhlina sebagai amat bermakna dalam membantu meringankan beban ibu bapa dalam artikel ini? A: Program bantuan persekolahan disifatkan sebagai amat bermakna dalam membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

