KPN ajak pengkritik bersemuka secara santai

Astro Awani
April 8, 2015 15:47 MYT
KPN ajak pengkritik bersemuka secara santai
Selepas dikritik hebat beberapa pihak atas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa perkara antaranya penahanan pemimpin pembangkang, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia mendengar pandangan orang ramai dalam satu majlis yang dinamakan Santai With IGP (Santai bersama KPN).
Menurut jurucakap majlis tersebut yang hanya dikenali dengan nama Azura, hanya 20 peserta diberi peluang untuk bertukar pandangan dengan KPN pada majlis tersebut.
Mereka yang berminat untuk menghadiri Santai With IGP perlu menghantar maklumat peribadi serta akaun twitter kepada penganjur majlis tersebut.
"Jika anda mahu bertukar pandangan dengan KPN, jadi ini sesi untuk anda. Teh tarik sambil sembang dengan KPN.
"Ramai kalangan kita banyak memperkatakan tentang pasukan polis di Twitter. Kenapa tidak katakan kepada KPN sendiri, bersemuka?" tulis pemilik akaun twitter yang dipercayai jurucakap program tersebut.

If you want to exchange views with the IGP, then this is the session for you. Teh tarik while sembang with IGP.

— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

many of us have so much to say on Twitter about the police force. Why not say it to IGP himself, face to face?

— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lokasi Santai With IGP masih tidak diketahui, hanya akan diberitahu kepada mereka yang terpilih untuk menghadirinya.
"Kenapa 20seat saja? Sebab namanya #SantaiWithIGP. Kalau dah penuh satu dewan, itu namanya perhimpunan," tulis jurucakap itu.

I only have 20 seats for #SantaiWithIGP. Only chosen ones will be notified of the exact location.

— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenapa 20 seat saja? Sebab namanya #SantaiWithIGP. Kalau dah penuh satu dewan, itu namanya perhimpunan.

— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khalid Abu Bakar #santai #teh tarik