awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan

Bernama
Bernama
09/02/2025
20:45 MYT
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
AARON: Penubuhan JPIP juga akan membolehkan KPN bertindak pantas dalam memberikan maklum balas dan nasihat kepada rakyat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Menterinya Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata pihaknya akan sentiasa memastikan perpaduan di negara terus dipelihara dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, budaya dan agama yang menjadi asas kekuatan negara ini.
"Pada tahun 2024, KPN telah melaksanakan sebanyak 730 program yang merangkumi kluster Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Komuniti Rahmah. Pelaksanaan pelbagai program ini bertindak sebagai tapak integrasi nasional yang dapat meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pandangan, cadangan dan kritikan membina yang dikemukakan oleh Pengarah Pengajian Asia Universiti Tasmania Prof Dr James Chin berhubung kerelevanan KPN.
Menjawab mengenai pengurusan isu perpaduan, Aaron berkata pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) pada tahun ini yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, bagi meneliti kesemua insiden atau isu perpaduan yang berlaku di negara ini.
"Penubuhan JPIP ini juga akan membolehkan KPN bertindak pantas dalam memberikan maklum balas dan nasihat kepada rakyat Malaysia. Mesyuarat pertama JPIP telah dilaksanakan pada bulan Januari yang lalu," katanya.
JPIP terdiri daripada wakil KPN, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pendidikan.
Selain itu, JPIP juga dianggotai Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa ahli akademik.
Beliau berkata KPN juga telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif dalam mengurus isu perpaduan antaranya pelaporan melalui sistem eSepakat dan penubuhan lapan buah pusat mediasi komuniti dan melantik 571 mediator komuniti serta pemantauan menerusi Dashboard Analitik Perpaduan.
Sementara itu, Aaron berkata beliau sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan membina semua pihak tidak kira wakil rakyat, ahli akademik, pihak swasta mahupun inidividu selain sudi untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang inginkan penjelasan mengenai isu perpaduan negara.
"Perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak, bukan hanya kerajaan. Ia memerlukan penglibatan aktif daripada setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor swasta, badan bukan kerajaan dan individu dalam masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
#JPIP
#kementerian perpaduan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan