KPN arah PCIRC ambil keterangan Zaid Ibrahim didakwa menghasut

Bernama
November 11, 2016 09:15 MYT
Khalid berkata Zaid (gambar) perlu dipanggil untuk diambil keterangan selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan mengelirukan di akaun Twitternya hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) mengambil keterangan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim kerana didakwa menghasut.
Beliau berkata Zaid perlu dipanggil untuk diambil keterangan selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan mengelirukan di akaun Twitternya hari ini.
"PCIRC @PDRMsia panggil tweet handler ini untuk penjelasan statementnya yang menghasut dan mengelirukan ini," katanya dalam catatan terbarunya di Twitter, hari ini.
Khalid turut memaparkan 'screenshot' kenyataan yang dibuat Zaid itu menerusi akaunnya Twitternya.

PCIRC @PDRMsia panggil tweet handler ini utk penjelasan statement nya yg menghasut dan mengelirukan ini. pic.twitter.com/M2xix8yQ98

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) November 11, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh Zaid untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara berhubung siasatan kes SRC International (SRC) dan dana RM2.6 bilion. -- BERNAMA
#Khalid Abu Bakar #KPN #menghasut #PCRIC #polis #Twitter #Zaid Ibrahim