awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN arah semua kontinjen PDRM tingkat kesiapsiagaan hadapi banjir

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2022
02:30 MYT
KPN arah semua kontinjen PDRM tingkat kesiapsiagaan hadapi banjir
ACRYL SANI: Kita belajar daripada pengalaman yang lepas, kita buat penambahbaikan daripada yang pengalaman terdahulu agar tindak balas PDRM menjadi lebih efektif. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengarahkan kontinjen, formasi, bridged dan daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam menghadapi bencana banjir.
Menurut Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, ini meliputi kesiapsiagaan anggota dan aset pasukan untuk digerakkan pada bila-bila masa diperlukan.
"Meskipun bencana banjir merupakan fenomena alam semula jadi yang sering melanda saban tahun terutama di Pantai Timur namun tragedi banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 benar2-benar telah menguji kesiapsiagaan menghadapi krisis termasuklah PDRM.
"We hope for the best but we prepare for the worst. Mengambil iktibar daripada bencana terdahulu, saya telah mengarahkan semua warga kontinjen, formasi, bridged dan daerah berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi meliputi keanggotaan dan aset pasukan untuk digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.
"InsyaAllah, kita belajar daripada pengalaman yang lepas, kita buat penambahbaikan daripada yang pengalaman terdahulu agar tindak balas PDRM menjadi lebih efektif seterusnya kita dapat hulurkan bantuan tepat pada masanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dalam Amanat Ketua Polis Negara sempena Perhimpunan Bulanan PDRM, anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#banjir
#kesiapsiagaam
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan