KPN jumpa Pengerusi MARA tengahari ini

T K Letchumy Tamboo
Julai 6, 2015 02:24 MYT
Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Annuar bakal berjumpa Khalid dipercayai berkaitan dengan skandal pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa di Bukit Aman tengahari ini.
Namun demikian, Khalid berkata beliau tidak tahu tentang motif perjumpaan itu.
"Saya tidak diberitahu tujuan. Beliau (Annuar) memohon untuk bertemu dengan saya.
"Saya biasa terima ramai pengunjung sebenarnya. Sesiapa yang hendak jumpa saya bolehlah jumpa.
"Jadi, kita akan tunggu dan lihat," katanya semasa satu sidang media selepas Majlis Penyerahan topi keledar kepada petugas trafik anjuran syarikat tele-komunikasi Celcom, di sini, hari ini.
Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Annuar bakal berjumpa Khalid dipercayai berkaitan dengan skandal pembelian hartanah anak syarikat MARA, MARA Inc. di Melbourne, Australia.
#Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #MARA #Tan Sri Annuar Musa