Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador melahirkan kewaspadaan mengenai penyalahgunaan dadah di negara ini sambil berkata jumlah kes telah meningkat dua kali ganda hinggakan ada anggota polis didapati mengambil dadah.
Beliau berkata jika langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membendung gejala dadah, Malaysia boleh menjadi seperti Colombia.
"Bukan sahaja kalangan orang biasa terlibat tetapi anggota saya sendiri, setiap minggu kita menahan anggota kita sendiri ... yang menggunakan 'meth' dan syabu.
"Sejak Januari, tidak kurang daripada 30 anggota polis ditahan kerana mengambil dadah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Roadshow Autism: Garis Panduan Polis Diraja Malaysia" di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata selama bertahun-tahun, penyalahgunaan dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara tetapi malangnya bilangan penagih dadah meningkat dua kali ganda.
Abdul Hamid berkata beliau bimbang kerana usaha memerangi dadah akan terjejas jika anggota polis sendiri juga melakukan kesalahan itu.
"Jadi terimalah hakikat bahawa penyalahgunaan dadah di negara ini berada pada tahap kritikal.
"Jika kita tidak membendungnya secara serius mulai sekarang, saya fikir ia akan sampai ke tahap seperti kita dapati di Colombia. Begitu buruk sekali keadaannya," kata beliau.
Colombia telah bergelut dengan masalah dadah dan menurut laporan media, polis negara itu tahun ini telah melancarkan salah satu kempen berskala besar untuk memerangi dadah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ketika cuba untuk mengekang pengedaran kokain.
Abdul Hamid juga menarik perhatian bahawa polis telah merampas sejumlah besar dadah dalam serbuan di pusat-pusat perjudian dan makmal dadah haram.
"Polis menemukan beratus-ratus kilogram dadah… (tetapi) saya percaya ada banyak lagi. Kita bertekad keras untuk membendungnya. Kita perlu menyekat bekalan dadah ke pasaran. Kita tidak boleh terus mengadakan operasi demi operasi; anggota saya juga letih" kata beliau.
Abdul Hamid berkata pendekatan yang lebih holistik daripada kerajaan diperlukan untuk mengekang penyalahgunaan dadah kerana serbuan polis sahaja tidak akan menyelesaikan masalah itu.
"Ketika kita menggempur makmal dadah, kita cuba mengenal pasti dan menjejaki sindiket dadah. Kita berbincang dengan kerajaan dan memberi idea bagaimana untuk menutup atau menyekat akses penyeludup dadah atau pengeluar dadah ke pasaran, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
Selama bertahun-tahun, penyalahgunaan dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara tetapi malangnya bilangan penagih dadah meningkat dua kali ganda. - Gambar hiasan
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.