awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
19/06/2021
12:50 MYT
KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar
Datuk Halimah Mohamed Sadique hadir dalam majlis pelancaran MOVAK di Dewan Felda Lok Heng Barat di Kota Tinggi. - Gambar ihsan KPN
KUALA LUMPUR : Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang baharu dilancarkan adalah bertujuan untuk mempercepatkan pemberian vaksin terutamanya di kawasan pinggir dan luar bandar.
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, MOVAK akan dilaksanakan secara kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tempoh dua bulan dan akan digerakkan di setiap negeri.
"MOVAK melibatkan tiga unit gerak kerja yang dikendalikan oleh sukarelawan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti.
"MOVAK merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menyokong Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) bertujuan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin di kalangan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, beliau berkesempatan hadir dalam majlis pelancaran MOVAK di Dewan Felda Lok Heng Barat di Kota Tinggi, Johor dan turut menyerahkan sebuah bas yang telah diubah suai untuk dijadikan Unit Mobilisasi Vaksin Komuniti kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Program itu turut melibatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.
Dalam pada itu, seramai 498 penduduk Felda Lok Heng telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 pada hari ini.
Topic Berkaitan
#KPN
#kementerian perpaduan negara
#MOVAK
#Program Mobilisasi Vaksin Komuniti
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Halimah Mohamed Sadique
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan