awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN: Tidak wujud salah guna SOSMA

Tan Su Lin
Tan Su Lin
13/10/2015
14:02 MYT
KPN: Tidak wujud salah guna SOSMA
KHALID: Penahanan Khairuddin dan Matthias adalah mengikut prosedur undang-undang bagi menahan individu untuk tujuan siasatan. - Foto BERNAMA
Tidak wujud isu penyalahgunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung penahanan Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penahanan kedua-dua individu itu adalah mengikut prosedur undang-undang bagi menahan individu untuk tujuan siasatan.
Bagaimanapun pendakwaan tetap dilakukan di bawah seksyen 124L kanun keseksaan.
"Tidak. Apa tangkapan yang silap di sana? Mereka telahpun didakwa.
"SOSMA adalah berbentuk prosedur. Kesalahan dilakukan di bawah 124L kanun keseksaan. SOSMA hanya digunakan untuk menahan dan menyiasat pesalah. Tiada yang bercanggah di situ," kata Khalid selepas Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan (VTREC) Malaysia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara.
Pada Isnin, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan beberapa bekas pemimpin UMNO-BN dalam satu sidang media bersama menyifatkan penahanan Khairuddin dan Matthias sebagai satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.
Khalid dalam pada itu menegaskan tidak wujud unsur politik dalam penahanan kedua individu terbabit yang didakwa kerana cubaan mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara.
"Kami tidak menahan sesiapa atas sebab-sebab politik," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairuddin Abu Hassan
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#Matthias Chang
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan